Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAKIT KALAH TIDAK SEBARANG TANGGUNG !

Salam

KEKALAHAN 5 KOSONG TIDAK SEBARANG TANGGUNG !

Nizar jangka dia dan PR boleh menang, tafsiran undang-undang dan perlembagaan mungkin Nizar baca terbalik, PR pun baca terbalik, 5 kosong kekalahan Nizar dan PR menunjukkan PR kurang faham undang-undang dan perlembagaan negeri dan mungkin juga perlembagaan negara

PR baca lain, mahkamah baca lain, BN juga mungkin baca lain macam, demikian juga dengan pengamal undang-undang di negara ini baca lain macam, kekalahan 5 kosong menunjukkan PR dan peguamnya baca cara terbalik, yang benar hanya hakim-hakim yang arif tentangnya

Dalam hemat Pak Karamu apakah yang mendorong Muhammad Nizar dan peguamnya membuat semakan undang-undang dalam kes rayuan Muhammad Nizar ini ? Pak Karamupun tidak faham sebab ramai orang pada mulanya menjangka Muhammad Nizar boleh menang dengan selesa, tetapi telah kalah dengan teruknya, termasuklah tafsiran yang di buat oleh peguam Nizar, macam juga hakim mahlamah tinggi yang beri Nizar menang dulu, mereka ini semuanya tidak betul

Andainya Muhammad Nizar kalah 4-1 ke, atau 3-2 ke ok la juga, bolehlah kita katakan tafsiran undang-undang yang di buat ada keraguan tafsirannya di antara 5 hakim itu tapi bila kalah sampai 5 kosong ini menunjukkan kita buta undang-undang dan para hakim yang bijak sana itu memang mereka itu bijak sana sebab tiada keraguan dalam tafsiran mereka, satu nada, satu suara, satu fahaman dan serba satu, sebab itu Pak Karamu katakan mereka ini adalah pakar undang-undang yang jitu

Orang yang macam 5 hakim ini jika salah seorang dari mereka mewakili kes Batu Putih dulu Pak Karamu rasa Singapura akan melepas ! tapi apa yang hendak di katakan nasi sudah menjadi bubur, dan bubur pula dah menjadi macam nestum, nah sekarang apa pula selepas ini ? Adakah Perak mudah hendak di rampas dari BN pada PRU 13 nanti ? Jawapannya tentu lah sukar ini memandangkan kenyataan Nizar sendiri yang mengatakan kebanyakan pengundi melayu telah berubah angin senggugut

Dalam PR nampaknya banyak masalah dalaman, ibarat duri dalam daging, PR sendiri yang menunjukkan sikap mereka yang berpecah dan huru hara, walaupun UMNO/BN juga demikian akan tetapi mereka pandai simpan kebusukan mereka sehinggakan rakyat di negara ini tidak tahu masalah yang mereka hadapi, bagi rakyat di negara ini mereka lebih selesa menyokong parti yang tidak ada bermasalah macam UMNO/BN, jadi apa harapan yang ada pada PR ? Nizar nampaknya seorang yang agresif berdakwah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, tapi susahnya bukan sebarang tanggung

So Apakah PR mesti buat ? Tidak lain rapatkan saf di antara parti di dalam PR, para pucuk pimpinan JANGAN taja masalah yang membuatkan rakyat hilang kepercayaan, setiap masalah hendaklah di mesyuarahkan dengan baik, demikian juga masalah pribadi yang boleh mendatangkan mudharat kepada hilangnya kepercayaan rakyat, itu sebab islam memberikan panduan akhlak, sebagai contoh "Wala taqrobuz zina" (jangan kamu hampiri zina !) jangan kamu hampiri apa-apa yang boleh membawa kamu kepada kecelakaan

Ikhlas dari Pak Karamu


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.