Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

N5 TENANG JOHOR

Salam

TENANG MULA MENJADI RIBUT, LOBI- UNTUK JADI CALON

Istilah RIBUT DALAM CANGKIR KOPI boleh di gunakan di N 5 Tenang Johor bagi parti UMNO kerana  melobi untuk jadi calon, sementara PAS sedang mencongak-congak siapa yang akan diletakkan  sebagai calon di negeri yang masih kuat UMNO dan semangat perkauman yang agak menebal, memandangkan pecahan kaum disana agak seimbang maka  bagi PAS ada sedikit harapan dan bagi UMNO ada sedikit kritikal  kerana itu PAS perlu berhati-hati memilih calon dan isu

Harapan PAS tetap ada jika mereka lebih bersikap terbuka terhadap kaum lain untuk diletakkan sebagai calon disana berbanding dengan calon dari parti PAS sendiri, ini kerana PAS belum cukup kuat disana dan faktor jumlah pengundi dari kaum yang lain yang seimbang dengan kaum melayu juga membuatkan PAS sukar untuk menang JIKA sekiranya PAS meletakkan calon dari parti tersebut, lainlah jika sekiranya jumlah pengundi melayu lebih ramai disana dari kaum yang lain

UMNO mungkin akan memainkan isu agama apabila mereka berkempen ditempat cina dan memainkan isu PAS bersekongkol dengan DAP pada tempat yang ramai orang melayu, disebabkan Tenang ini kebanyakan pengundi melayunya tinggal di FELDA maka PAS dijangkakan sukar untuk berkunjung disana, mereka mungkin disekat, oleh itu PAS terpaksa memperhebatkan kempennya pada pengundi lain-lain kaum disamping meletakkan calon dari kelab penyokongnya




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.