Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Tidak bebas, SPR bimbang perubahan jatuhkan pemerintah!

Posted on Monday, July 04 @ 08:10:31 PDT by tokdalang

Perjalanan pilihan raya di Malaysia sejak kebelakangan ini semakin kotor dan berat sebelah.Pelbagai kesalahan pilihan raya dilihat berlaku, terutamanya mhttp://mohamadsabu.com/images/syed_ibrahim1.jpgembabitkan parti pemerintah.Begitupun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku pemain utama dalam membawa demokrasi seringkali didakwa hanya menjadi 'kuda tunggangan' kepada parti pemerintah.Benarkan dakwaan tersebut, Wartawan ANIS NAZRI merungkai pandangan Pengerusi MAFREL, Syed Ibrahim Syed Noh.Ikuti wawancara beliau bersama Syed Ibrahim:


WARTAWAN: Pada 9 Julai ini, sebuah NGO yang menamakan mereka sebagai Bersih 2.0 akan turun ke jalan raya untuk mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini. Ia dilakukan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan tidak mengendahkan tuntutan mereka sebelum ini. Bagi pandangan Mafrel, mengapa SPR bersikap demikian? 

SYED IBRAHIM: Saya rasa ada beberapa sebab. Yang pertamanya, kerana mereka (SPR) tidak ada kehendak, tekad, dan usaha yang kuat untuk membuat perubahan. Keduanya, mereka berasakan yang mereka sendiri tidak ada bidang kuasa, dan ketiganya mereka bimbang perubahan yang dibuat boleh menjejaskan parti pemerintah. Kita percaya SPR masih bukan lagi badan yang bebas. Dari segi lantikan, ia masih atas nasihat Perdana Menteri, sebarang laporan perlu dilaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), bukan pada parlimen. Itu semua akan memberi kesan kepada perubahan yang ingin dilakukan.

-Jadi, adakah keadaan itu membenarkan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR itu hanya kuda tunggangan BN? 

SYED IBRAHIM : Dalam keadaan proses demokrasi, senario politik hari ini, tidak mustahil ia boleh berlaku. Patutnya ada reformasi pilihan raya dilakukan, dari segi undang-undangnya, struktur SPR sendiri, cara kita berinteraksi dengan SPR sebagai badan bebas, penetapan tarikh pilihanraya. Semua itu masih terhad kepada nasihat yang menyebabkan rakyat melihat SPR menjadi kuda tunggangan. 

Dari segi eksekutif, memang tiada masalah. SPR memang perlu bergantung kepada eksekutif tetapi untuk kerja-kerja pelaksanaan. Dari segi dasar, kualiti itu, sepatutnya menjadi tanggungjawab SPR. SPR kini seolah-olah pelaksana prosedur sahaja, jadi untuk menentukan tarikh pilihan raya, mereka masih perlu merujuk sana, merujuk sini dan pada akhirnya akan ditetapkan orang lain, sedangkan ia bergantung kepada SPR. 

-Setakat ini, sejauhmana Mafrel nampak 'kesalahan' ketara yang berlaku dalam SPR dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelaksana sistem pilihan raya? 

SYED IBRAHIM : Paling ketara dan kritikal, bagi Mafrel, daftar pengundi itu sendiri sebab dia 'relate' dengan pengundi, yang akhirnya menjadi satu faktor besar kepada kemenangan dan kekalahan calon. Kalau ia dapat menghilang keraguan, dapat memberi perubahan yang besar, contohnya daftar automatik ia akan mengurangkan masalah untuk daftar, urusan menyemak, termasuk juga penggunaan dakwat kekal yang dapat mencegah keraguan-keraguan di kalangan rakyat. 

-Jadi, bagaimana Mafrel melihat tuntutan Bersih itu...adakah ianya wajar?
 
SYED IBRAHIM : Tuntutan itu wajar. Bagi Mafrel, tiada tuntutan mereka yang melampau, tiada yang tidak praktikal. Jika kita rujuk negara lain pun sudah dilaksanakan cadangan seperti penggunaan dakwat kekal di India, kempen 21 hari dan juga reformasi undang-undang.Undang-undang pilihan raya di negara kita ini saya lihat, tidak pernah dipinda. Jika tidak silap sejak tahun 60-an. Bagaimanapun undang-undang ini sebenarnya memerlukan proses reformasi yang bersesuaian dengan suasana. tempoh yang agak sesuai untuk melakukan pindaan bagi saya dalam masa lima hingga 10 tahun.

Sebenarnya kalau ikut saya, urusan kaji semula, pindaan, penelitian ini perlu buat dilakukan setiap tahun dengan mengikut keadaan semasa. Itu yang kita perlu sediakan. Sebab itu saya katakan tadi ia bergantung kepada tekad dan kemahuan SPR itu sendiri. Apa yang kita lihat SPR ini berasakan ianya bukan tugas mereka. 

-Adakah Mafrel yakin dengan tuntutan Bersih 1.0 dan 2.0 ini mampu memberi kesan kepada perjalanan pilihan raya yang bersih jika SPR benar-benar memandang serius dan memenuhi tuntutan tersebut? 

SYED IBRAHIM : Saya tengok ia bergantung kepada sejauhmana serius suara rakyat tentang tuntutan Bersih. Jika diharapkan Bersih sahaja, ia tidak kuat tapi kalau ia disokong, ia akan membantu. Rakyat faham dan menyokong penuh, maka tidak mustahil SPR dan kerajaan terpaksa mengambil kira apa yang dituntut Bersih. Dan dalam masa sama perlu ada 'follow up' antara rakyat dan kerajaan. Rakyat perlu tanya tentang tuntutan mereka. Dakwat kekal contohnya. Perlu tanya, apa pendirian kerajaan? Kenapa tidak boleh dilaksanakan? Rakyat perlu bergerak ke arah itu. Dan saya yakin jika tuntutan itu berjaya dilakukan, sistem pilihan raya di negara kita akan menjadi lebih baik dari hari ini. 

-Bagaimana respons SPR terhadap Mafrel sendiri sebagai badan pemantau pilihan raya berkaitan cadangan-cadangan yang dikemukakan Mafrel untuk pilihan raya negara? 

SYED IBRAHIM : Mafrel terus konsisten dengan cara kita. Dan ada di antara cadangan kita yang diterima SPR. Contohnya, peti undi lutsinar yang dilaksanakan, tiada kempen ketika hari mengundi dan juga keselarian sistem antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagaimanapun, dalam soal tiada kempen ketika hari mengundi itu, kita lihat masih tidak konsisten dan masih banyak yang perlu dilihat dari sudut keberkesanannya. 

-Apabila bercakap soal sistem pilihan raya yang tidak bersih ini, hujah BN biasanya akan berkata kejayaan Pakatan Rakyat di lima negeri tidak akan tercapai jika sistem tidak bersih. Apa pandangan Mafrel dalam hal ini? 

SYED IBRAHIM : Bagi saya itu bukan kayu ukurnya yang boleh mengatakan sistem pilihan raya ini bersih atau sebaliknya. Ia terletak kepada keyakinan rakyat. Kalau parti pemerintah menang sekalipun, tetapi rakyat tidak yakin, ia masih berlaku keraguan yang nampak jelas ia tetap tidak diterima. Soalnya bukan dengan adanya Pakatan Rakyat menang itu, boleh mengatakan sistem pilihan raya itu bersih. Kalau begitu, ada juga orang yang berhujah 'kalau betul-betul bersih, bukan setakat lima negeri Pakatan Rakyat boleh perintah, mungkin lebih lagi' (ketawa). Jadi bagi saya, persepsi dan pandangan serta keyakinan rakyat itu yang perlu diperhatikan dan diperhalusi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.