Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG KO PERTAKUTKAN ORANG TUA TU BUAT APA ? KO INGAT KO TERER SANGAT KE ?

Isu Wahabi: Mufti Perlis masih harap Dr Uthman sedia berdialog

August 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Ketia hanya tinggal empat hari menjelang Syawal, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya masih berharap pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady akan menerima pelawaan pihaknya untuk berdialog bagi menjernihkan isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi. 

Juanda menjemput Muhammad Uthman untuk berdialog dengannya pada bulan Ramadan akhir bulan lalu. 

“... 25 hari sudah berlalu, tetapi Ustaz Uthman El-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. 

Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud ‘Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk,” kata Juanda dalam mesej dimuatkan pada laman sosial Facebook semalam. 

Sebelum ini, Juanda berkata Muhammad Uthman membalas pelawaan beliau dengan mengenakan pelbagai syarat seolah-olah enggan bertemu. 

Bagaimanapun Muhammad Uthman pula berkata beliau tidak menolak, tetapi mahu dialog yang dimaksudkan diadakan dengan penyertaan pakar-pakar dan diadakan secara tertutup. 

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini juga Juanda berharap Uthman akan menerima pelawaan mereka. 

“Kami sudah beri cek terbuka, kami (tetap) menanti kehadiran beliau,” kata Juanda Jaya berhubung laporan terbaru semalam menyebut Uthman tidak menolak pelawaan Juanda agar diadakan satu dialog ketika Ramadan berhubung isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi,” katanya. 

Dalam suratnya kepada Juanda (gambar) yang turut disiarkan dalam Facebook Mufti Perlis itu semalam, Muhammad Uthman berkata, “bagi menjawabnya (surat Juanda), oleh kerana kenyataan-kenyataan saya dalam sesi berkenaan duibuat dalam majlis anjuran KDN bahagian Keselamatan Dalam Negara, menyentuh aliran-aliran tertentu dalam Islam, saya meminta pihak tuan memohon kepada Jakim dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengadakan satu persidangan pakar bagi menangani masalah kebocoran maklumat rahsia dan menyelesaikan masalah salah tangapan oleh pihak-pihak yang berpandangan tidak tepat itu dengan kadar yang segera.” 

Selain itu, Muhammad Uthman mahu ahli-ahli yang mengambil bahagian hendaklah pakar-pakar yang ditentukan oleh Jakim dan orang-orang yang tidak berkenaan hendaklah dikecualikan daripada hadir dan kalau perlu dengan ‘screening’ dilakukan oleh MKN. 

“Maklumat-maklumat rahsia itu kalau diputuskan oleh pihak MKN munasabah disebarkan kepada sasaran yang sesuai barulah ia disebarkan. Atas nama individu-individu penyebarannya tidak dibenarkan. 

“Dalam hubungan ini tidak timbul ‘bahaya’ dari mana-mana kerajaan tertentu dan masalah ibadat haji tidak perlu ditunda sebab saya sendiri pun baru menunaikan haji akhir 2010,” katanya yang mengakhiri surat dengan berkata, “saya menanti dengan penuh harapan agar permohonan pihak tuan dilaksanakan oleh KDN dan Jakim.” 

Juanda juga berkata, jawapan surat Muhammad Uthman masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada pihaknya. 

“Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan Jakim? Kenapa dan kenapa? Jubah mereka itu mungkin kebal untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu. 

“Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia. Mahkamah Allah s.w.t di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia,” kata beliau lagi. 

Juanda menulis, pihaknya masih menunggu dan masih ada masa bagi Muhammad Uthman, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa, untuk menerima jemputan diadakan dialog. 

“... lima hari lagi berbaki sebelum Aidilfitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar Ustaz Uthman menyahut seruan murni ini. 

“Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh. Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah s.w.t. 

“Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan kesangsian lama beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.