Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


"Parang, lastik, molotov cocktail ditemui dalam ceramah asal bukan Umno"

Banyak gambar dan rakaman gerombolan yang menyerang dan mengganas ke atas ceramah "asal bukan Umno" (ABU) 21/1/12 lalu. Adakah hampa rasa polis akan ambil tindakan? Lihat Ameno World 22/1/12 "Ini lah rupa ketua geng2 pengacau majlis ABU semalam...", Anak Sungai Derhaka "Wajah Samseng UMNO? yang menyerang ceramah ABU semalam.. ", Milo Suam 23/1/12 "No plate penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU" dan dalam album Facebook Lawrence Jayaraj. Mungkin berlambak lagi di laman-laman yang lain.

Adakah polis akan bertindak berdasarkan undang-undang terhadap mereka? Saya ada jawapannya dan anda semua, baik dari parti apa pun, ada jawapannya. Kita semua tahu jawapannya. Jawapan yang saya yakin ikhlas, saya tak akan siarkan dalam ruangan komen. Pi cerita kat orang lain. Tak payah nak cerita kat sini.Link


Saya akan menyiarkan jawapan yang munafiq sahaja.

Bayangkan kalau selepas ini rakyat yang benci Umno bawa lastik setiap kali menghadiri ceramah menentang Umno. Atau, oleh kerana depa takut dituduh bawa senjata, depa bawak tongkat, pepper spray atau apa sahaja yang tidak boleh kena tangkap kerana bawa senjata.

Adakah selepas itu hampa fikir sesuatu yang mustahil jika media-media pro-Umno dan Barisan Nasional melaporkan "parang, lastik, molotov cocktail ditemui dalam ceramah pakatan pembangkang"? Kalau anda nuclear scientist seperti Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat, mungkin anda tidak tahu jawapannya.

Saya pesakit jantung. Apa daya saya untuk mempertahankan diri kalau orang serang saya ketika menghadiri ceramah lawan Umno. Adakah anda fikir saya perlu membawa lastik dan nut banyak-banyak untuk pertahankan diri saya?




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.