Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 1 November 2012

PRU 13 : Dr Wan Azizah Bertanding Di Selangor ?

SHAH ALAM - PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dipilih oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.

Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.


“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.


“Buat masa ini kita belum terima sebarang arahan tepat daripada (PKR) Pusat berhubung perkara ini dan ia hanya dinyatakan oleh Wan Azizah yang saya anggap sebagai salah satu strategi parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Walau bagaimanapun katanya, soal kerusi mana yang bakal ditandingi kelak hanya akan ditentukan oleh kepimpinan PKR Pusat.


"Tawaran kerusi-kerusi tersebut berdasarkan rekod baik dan saya sendiri selaku penyandang Seri Muda sedia memberikan memberi laluan jika presiden mahu bertanding di negeri ini.


“Apa yang penting semua ahli dan jentera parti akan bekerja 100 peratus bagi memastikan kemenangan parti dan presiden,” katanya.


Semalam Sinar Harian melaporkan Wan Azizah belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding di Dun Selangor atau Pulau Pinang.


Beliau menyatakan kesediaan itu dengan menyifatkan pilihannya itu berdasarkan kepada pilihan peribadi.


Shuhaimi berkata, PKR Selangor menyokong sepenuhnya sebarang keputusan Pusat tentukan bagi menghadapi PRU akan datang.SH
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.