Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

December 30, 2012

Nik Amar Jawab Isu Amanat Haji Hadi. Orang Umno Boleh Tengok! Jangan Buta Hati!

Perkasa selar Mohd. Amar perlekeh TPM dalam kuliah agama

KOTA BHARU 29 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memperlekehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan kuliah Jumaat di pekarangan Pejabat Pas Kelantan di sini semalam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Mohd. Amar itu mencemar kesucian Islam kerana menggunakan pentas agama untuk menghina dan mengutuk Timbalan Perdana Menteri.

“Nik Amar bercakap atas platform kuliah agama, tetapi bercakap mengenai politik serta mengata orang. Adakah ini nilai orang yang belajar agama dan cerdik apabila sanggup menghina orang lain.

“Timbalan Perdana Menteri amat berhati-hati dalam setiap tutur katanya. Beliau menegur sekiranya perlu sahaja, beliau menegur Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat celupar selepas Menteri Besar itu sering mengeluarkan kenyataan yang merosakkan perpaduan serta mengelirukan orang ramai.

“Ini menunjukkan keperibadian Muhyiddin dan Nik Abdul Aziz amat berbeza, jauh langit dengan bumi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Mohd. Amar yang menyelar dan menyifatkan Muhyiddin celupar ketika menyampaikan kuliah Jumaat bagi menggantikan Nik Abdul Aziz semalam.

Ia ekoran tindakan Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz celupar kerana menyatakan menyokong UMNO satu perbuatan yang mungkar.

Dalam kuliah tersebut, Mohd. Amar turut menyelar Ibrahim kerana mendakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberikan maklumat yang salah mengenai isu tanah balak yang membabitkan dua pemimpin DAP Perak.

Sementara itu, Ibrahim menegaskan beliau hanya mempersoalkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan kerana memberi pajakan yang terlalu lama kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan.

“Benar tanah ini tidak bertukar milik, tetapi kita persoal kenapa pajakan tersebut diberikan kepada syarikat bukan bumiputera dari luar negeri ini dan ia dalam tempoh berpuluh tahun. Dalam masa sama Kerajaan Pas Kelantan tidak mendedahkan jumlah premium yang diberikan oleh syarikat terbabit.

“Setakat hendak tebang balak, anak-anak Kelantan pun boleh lakukan, ada gergaji dengan lori semuanya dapat dilaksanakan. Kerajaan Pusat juga ada mengambil pelabur luar, tetapi dalam industri berteknologi tinggi yang tidak mampu dilakukan oleh rakyat tempatan.

“Saya percaya ini ada kena mengena dengan komisen yang diperoleh pihak tertentu. Kalau kerajaan Pas Kelantan jujur dan betul, dedah semua sekali senarai tanah-tanah yang dipajak termasuk kawasan balak, pamer dan tunjuk senarai itu kepada rakyat," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.