Cahaya mata suntik semangat Apex, Leuniey
- Apex dan isterinya, Leuniey ceria di samping anak mereka ketika ditemui oleh wartawan, semalam.
KELAHIRAN cahaya mata pertama memberi satu semangat baru kepada penjaga
gawang The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan
isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey).
Khairul Fahmi ketika ditemui di kediaman bapa mertuanya semalam turut berkongsi kegembiraan tersebut dan menyifatkan tiada yang lebih bermakna kepadanya selain dapat bergelar seorang bapa jika dibandingkan dengan kegembiraan berjaya memenangi beberapa kejuaraan besar dalam Liga Malaysia.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana isteri selamat melahirkan anak sulung kami hari Isnin. Saya rasa gembira dan teruja tak terkata dengan kehadiran orang baru ini.
“Bagi kami, kehadirannya memang memberi lebih semangat kepada saya untuk lebih berjaya dalam bidang yang saya ceburi sebab seolah-olah satu semangat baru muncul dalam hidup saya,” katanya kepada pemberita semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan isteri Apex selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.75 kilogram di sebuah hospital swasta di sini, 3 petang Isnin.
Ketika ditanya mengenai cabaran sebagai seorang bapa, Khairul Fahmi mengakui ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan menganggapnya sebagai satu perkara baru yang harus dipelajari dalam kehidupan.
Selain turut menyatakan perlu belajar dari bawah, Khairul Fahmi juga memberitahu beliau banyak menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman terutamanya kedua-dua ibu bapanya selain belajar daripada mereka yang lebih mengetahui.
Ketika ditanya mengenai pembahagian masa selepas ini, Khairul Fahmi berkata, status sebagai seorang bapa dan suami tidak akan mengganggu urusan kerja beliau sebagai seorang atlet sukan.
Beliau turut mengakui kehadiran cahaya mata yang masih belum diberi nama itu juga mendidik dirinya untuk lebih berdisiplin dalam menjaga masa dan memberi sepenuh perhatian kepada keluarga selepas ini.
“Ini salah satu tanggungjawab baru untuk saya menghadapinya, namun ia bukan halangan kepada saya untuk meningkatkan prestasi yang ada sekarang, malah ia merupakan batu loncatan kepada saya untuk bahagikan masa dengan lebih baik selepas ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment