• dakwat kekal Setiap pengundi dicalit dengan dakwat kekal sebelum dibenarkan mengundi
1 / 1
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal yang baharu daripada pembekal luar negara pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi menjamin kualiti dan ketahanan dakwat untuk tujuan PRK itu, SPR akan mengimport semula daripada pembekal luar negara.

Menurutnya, dakwat kekal akan terus diaplikasikan dalam pilihan raya kerana ia telah ditetapkan dalam proses pengundian.

"Ya, kita akan dapatkan dapat baharu dari pembekal kita.

"Ia sudah pasti akan lebih tahan lama, daripada sebelum ini," katanya pada sidang media di bangunan SPR, di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL.