Thursday, July 3, 2014
Ngeri: Kepala Manusia Di Ruang Dapur - 2 gambar
Maut kepala tersepit di celah lantai
DUNGUN -
Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk
sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di
celah lantai kayu tersebut.
Kejadian
berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura
Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43,
keluar mengajar di sekolah berhampiran.
Menurut Wan
Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur
rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu
7, dekat sini.
"Ketika sampai
di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba
saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika
ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.
Dia kemudiannya
terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.
Katanya, dia
turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati
badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu
meter itu.
Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment