Friday, July 4, 2014
SEGERA!!! Anda ada nampak gadis ini, tolong hubungi polis Penyamar polis culik Atiqah
KUALA LUMPUR: Seorang
gadis lepasan STPM yang hilang di Kuala Krai sejak 28 Jun lalu disyaki
diculik oleh sekumpulan sendiket yang menyamar sebagai polis.
Abang mangsa Zailani Ibrahim tidak menolak wujudnya sendiket untuk menculik anak gadis dengan cara memukau mereka.
Nurul Atiqah Ibrahim, 19, dilaporkan hilang di hadapan sebuah bank di bandar Kuala Krai.
Menurut
Zailani, mereka menyamar sebagai perisik polis dan mensasarkan anak-anak
gadis yang bekerja di kedai-kedai menjual kain sekitar bandar itu.
"Mereka
akan pergi kedai-kedai sambil sembang-sembang dengan budak-budak
perempuan. Mereka cakaplah kalau ada apa-apa masalah (kena kacau)
bagitahu abang," katanya.
Sebaik
sahaja Nurul Atiqah hilang, Zailani berjaya menghubungi adiknya melalui
telefon bimbit tetapi adiknya tidak mahu bercakap sebaliknya seolah-olah
mahu berhubung melalui SMS sahaja.
"Dia
balas SMS menggunakan bahasa standard bukannya loghat Kelantan, jadi
saya mengsyaki sms itu bukan dari adik saya. Dalam SMS itu dia maklum
adik saya lari ikut lelaki terbabit.
"Dan mesej akhir, adik saya hantar kepada sepupunya beritahu, 'aku pening aku tak tahu apa-apa'," katanya.
Ekoran kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis pada 29 Jun lalu.
Menurut
Zailani, adiknya itu seorang yang baik dan tidak berkawan dengan
mana-mana budak liar sekali gus menolak adiknya hilang kerana mengikuti
kawan seperti itu.
"Tauke
tempat dia kerja pun cakap dia budak yang baik, dengar kata. Jadi saya
tidak percaya dia ikut budak-budak liar, saya tahu siapa adik saya,"
katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagaimanapun
beliau melahirkan rasa bimbang terhadap situasi adiknya yang mula
bekerja di bandar itu sebaik selepas tamat peperiksaan STPM.
"Saya
pun pernah meminta dia berhenti kerja kerana tidak sedap hati dan dia
dengar apa yang saya cakap, jadi dia pun berhenti,"katanya.
Apa yang
dikesalkan, katanya, selepas lima hari beliau membuat laporan polis di
Balai Polis Kuala Krai sehingga kini satu pun maklumat tentang
perkembangan adiknya belum diterima.
Sehingga
kini, beliau dan ahli keluarga tidak dapat menggambarkan bagaimana
perasaan mereka sejak Nurul Atiqah hilang tanpa khabar berita.
"Saya
minta jasa baik tuan puan di luar sana mendoakan keselamatan adik saya
dan dihantar pulang dengan selamat, "ujar Zailani yang tidak putus-putus
berikhtiar termasuklah mengadakan solat hajat.
Beliau
turut memuat naik gambar adiknya itu di laman facebooknya dan maklumat
kehilangan adiknya itu mula di kongsi oleh pengguna media sosial itu.
Beliau juga meminta orang ramai menghubungi beliau di talian 017-9750151 atau 017-3730151 sekiranya ada yang menjumpai adiknya.
-HARAKAHDAILY
0 orang berkata:
Post a Comment