Jumaat, 5 September 2014
Majlis Syura Ulama larang calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan
Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat
keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk
Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini. Nama dua Adun PKR yang
dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui
jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.
Difahamkan, dua Adun PKR yang
dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari
(Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco
kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.
Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama
ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana
ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama. "Tidak seharusnya saya mengulas
lanjut.
Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau
bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.
Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis
Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat
yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.
"Surat yang
dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan
penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS. “Ini suatu
amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor
selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti
menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana
dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu. Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."
Mustafa memberitahu The
Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online
yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon
menteri besar Selangor. Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama
Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan
sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR. "Laporan itu tidak betul kerana
cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya
kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini
enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana. Malam tadi
selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah
yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran
pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan
Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor. Setiausaha Agung PKR Datuk
Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang
kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan
Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.
"Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak
sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR,
di Petaling Jaya malam tadi. Perkembangan terbaru itu menggugat lagi
hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar
dalam krisis menteri besar Selangor ini. Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura
yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid
selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.
Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat
yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13
Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos. Pada mesyuarat yang
sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama
Pakatan Rakyat. Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan
Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013
lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang
jawatan itu.
Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid. Pada 22
Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk
mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya
dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada
keesokan harinya. Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini
mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri
besar. Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan
Iskandar. Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana
Selangor.
6 orang berkata:
Betul la tu, apa lg pkr mau...mau ajijah juga...apa dh jd ni...kena ilmu guna2 kot puak pkr ni. 2 ahli pkr,1 ahli pas itu dah terlebih adil dibuat pas. Kalau pas dipilih maka kena trima la. Terus kita kukuhkan pakatan...bukan dok kira ajijah..ajijah...nak tanya penyokong pkr korang ni penyokong pkr krn dasar perjuangannya @ menyokong anwar...
Pkr mana ada dasar.kami sokong kerana anwar. Anwar kena fitnah.kita mesti bantu dia.
Kami akhirnya akan kembali kpd. Umno bersama anwar. Hidup anwar.
PasMA telah pun ditubohkan.ini adalah satu plan kontijensi bila Pas ditendang dari PR. PASMA akan mengisi valum yang ditinggalkan Pas. Jadi PR akan tetap utoh.
Dan sekali gus boleh lah ahli.profesional mufarakah dengan kumpolan pro- ulama. Ramai yang mampu mentadbir pasMA.
Khalid samat ,husam musa,mujahid,hanifa dan mat sabu.semuanya nama hebat. Mampu.menyaingi Pas. Pas akan hancor tanpa mereka ini.
Harapan untok anwar ke putrajaya bersinar kembali.
Cuma jangan jadi macam hamim,berjasa,isma dan jati dahlah.
Minta majlis syura dan presiden tapis org2 yg dikata profesional ini untuk mgisi jawatan pasma..kerana kalau bagi mereka pas dh x sesuai.. Dan tinggalkan pas klu dh xdpt terima majlis syura dlm apa2 kptusan..
Pas tetap pas,parti yng mencari keredhaan allah swt,walaupun bersendirian daripada brsubahat dgn dosa yg merugikan parti..walau tanpa profesional,pas tetap dengan ulama nya dulu kini dan selamanya..
PAS & PASMA?. Penyokongnya terbahagi dua. Bijak... bijak.... Bijak ke? Siapa untung? PR juga akan hilang sebahagian undi juga.
Sejujurnya siapa untung?
Post a Comment