Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KHABAR BERITA YANG TERKINI


Khamis, 4 September 2014

PENIPU YANG TERTIPU

PasMa di tubuhkan. Khabarnya sebagai alternatif kepada PAS yang di katakan nak keluar PR. TG Presiden dan Majlis Syuro dijadikan sasaran sebagai golongan yang bertanggungjawab nak bawak keluar PAS dari PR. Aku pun tak tau nak kata apa puak ni... Tapi teori yang depa pakai adalah teori komunis... ulang penipuan agar ia di percayai betul.

Aku teringat dalam satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil nor dulu cerita tentang perangai umNO. Dia kata umNO ni menipu sampai depa yang percaya cerita tipu depa sendiri. Almarhum Ustaz Fadzil Nor bawa satu cerita. Dia kata ada seorang pemuda kampung yang nak menipu orang kampung. Diciptanya cerita ada orang nak bagi duit kat Masjid selepas solat jumaat. 
 
Cerita itu tersebar ke seluruh kampung . Hari jumaat tu penuh orang di masjid. Pemuda yang mencipta cerita tipu itu pun lalu di masjid. Dia tengok ramai orang di masjid... bila di tanya semua orang kata nak ambik duit. Pemuda itupun akhirnya berbaris sama. Dia pun dah mula percaya ada orang nak bagi duit sebab tengok ramai orang di Masjid... gitu le ceritanya...

Yang jaja cerita PAS nak bersatu dengan umNO ni sejak dulu ialah manusia bernama khalid samad, Dr Zul, Hanifa Myden dan beberapa balaci penulis blog mereka. Dulu mereka jaja cerita UG sampai orang yang tak paham apa itu UG pun percaya UG tu nak kawin dengan umNO. 
 
Kononnya nak ambik jawatan MB Selangor. Kini isu Menteri Besar Selangor sekali lagi di jaja. Ia bermula dengan kerja gila PKR yang sanggup hilang Selangor untuk memastikan Azizah isteri Penasihat Umum PKR jadi Mb. Lalu di jaja sesiapa yang tak mahu angkat Azizah jadi MB itu nak kawin dengan umNO.

Pemimpin PAS yang hatinya bersama Anwar pun turut mendendangkan benda yang sama. Penulis balaci yang bencikan TGHH dan MSU pun mula la menyambung cerita tak soheh yang di jual oleh The Malaysian Insider TMI. TMI dah jadi sumber berita untuk pecah belahkan PAS dan memfitnah pimpinan Ulama PAS. 
 
Terkini TMI bawa berita kononnya Dr Khairudin Attakiri dedahkan PAS gagal bersama umNO kerana dua ADUN melompat. Ianya fitnah semata mata. Sapa yang baca tulisan itu dan memahami mana berita dan mana ulasan dan fitnah pemberita tentunya takkan menonjolkan kebodohan mereka melainkan sememangnya hati mereka busuk..

Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS pun turut sama memainkan berita ini. Tulisan meleret Husam  yang di siarkan baru baru ni hanya membawa maksud dan beberapa tujuan yang mudah di fahami. Selain nak Bagi tahu TG presiden tak de kuasa sebab PAS bukan parti angguk macam umNO, dia  juga nak bagi tau ada agenda sulit nak bersatu dengan umNO. 
 
Dalam masa sama dia dah buat keputusan bahawa dua ADUN lompat itu tak perlu di kenakan tindakan.. secara halus..... di samping beberapa agenda yang tak minat aku nak tulis. Apa yang sangat pelik ialah , yang di tuduh tak pernah pun walau sekali menyatakan atau menunjukkan nak bersatu dengan umNO, sebaliknya golongan inilah yang bersungguh sangat kata ada yang nak bersama umNO. Nak kata mimpi, mata celik , nak kata gila,... macam ada... gila kuasa... karan projek Kn seakan ada bunyi nafas nya...

Penubuhan PasMa ini seakan menjelmakan TEORI (baca sini) yang aku tulis sebelum ini. ia bukan teori khayalan, tapi hasil maklumat yang aku kumpul dan buat kesimpulan. Ia sedikit tersasar kerana di lihat kumpulan ini terdesak nak PAS keluar dari PR. 
 
kini seakan cuba menyingkirkan PAS lebih awal dan tubuhkan parti baru. seakan mereka dah tak mampu tunggu lebih lama... Mungkin benar tulisan veteran politik yang juga bekas pemimpin PAS dan kolumnis Harakah dan Watan ... Tn Hj Subki Latif.. bimbang Anwar menjadi almarhum sebelum merasa jadi Perdana Menteri.

Kepala perancang kerja jahat kepada PAS ini dikatakan  adalah seorang Pakar Strategi dari parti yang di jiwai oleh kelompok yang duduk dalam Pas ini. Mereka menyerang Tg Presiden  dan Syuro kerana  keduanya adalah benteng terakhir pertahana PAS dari kelompok yang ingin merubah wajah dan ruh perjuangan islam Pas. Mereka sanggup menjaja fitnah ke serata alam... Hujahnya mudah... dari sumber dalaman...

Cukuplah fenomena Print Screen perbincangan PAS Pusat, Sumber dalaman itu terus bercerita yang wujud tanpa kefahaman sebenar dan cerita khayalan yang di reka untuk di percayai bersama. Sebagai muslim yang beriman, aku tetap berpegang dengan asas tabayyun setiap berita yang aku terima. Istilah sumber dalaman adalah contoh munafiq yang tak wajar di terima oleh pejuang Islam.  Golongan itu adalah hero bacul dan pelacur politik yang sanggup mereka cipta apa sahaja bagi memenangkan tujuan mereka.

Nampak sangat golongan ini semakin sawan sejak Tg Presiden di tabalkan sebagai pembantu Qardhawi bersama dua ulama dunia yang di akui hebat. Serangan kepada TGHH bukan baru. Ia telah di lakukan berkali kali sehingga di wujudkan agenda langgar Hadi... oleh bloger gila yang hampir di penjara... semuanya tak menjadi... Seakan mereka yang menjadi pencatur selama ini dah mula berang dan mereka sendiri muncul menyerang Presiden sendiri. 
 
Penulis Banjingan yang diharapkan sudah tak boleh dipercayai... tuan dan perancangnya sedang muncul satu persatu... seakan lubuk yang sedang dikocak  airnya... ikan kecil yang pening dah lama muncul... kini segala isi perut dalamnya di muntahkan... masih ada seorang dua yang berpegang dengan akar di dasar lubuk... tapi dah goyang... ada yang terkeluar dalam gambar yang menjadi tanda tanya kehadirannya dalam majlis orang lain... boleh tengok dalam Face Book yang dah banyak tersebar.

Aku menanti untuk melihat siapa PasMa dan penggeraknya... Katanya hanya 100 orang dan akan bergerak untuk roadshow, pertamanya di Shah Alam... kenapa Shah Alam.. Biasanya mana mana road Show akan bermula di rumah kerana ada penaungnya... Panel pertamanya ialah Mujahid, Husam dan Ahmad Awang... kenapa mereka??? tajuknya Pas + umNO... tajuk yang wujud dalam hati mereka...(PKR kembali dalam pelukan umNO)... Yang ni aku ulas kemudian...

Aku tulis kali ni sekadar nak bagi tau apa yang aku tulis sebelum ini bukan khayalan.. tetapi apa yang aku terjemahkan dari kertas sulit mereka... Apa yang aku harap dari tulisan ini... agar pejuang PAS yang ikhlas dapat menilai apa yang sedang berlaku ialah memisahkan PAS dari pimpinan TGHH... ulama yang di sanjung dunia kini bersama kalangan ulama lain yang bersamanya serta pendokong dari kalangan bukan ulama yang ikhlas untuk perjuangan Islam... aku sangat yakin, pejuang yang ikhlas ini akan sedar dan tidak tertipu dengan kalangan pimpinan yang sudah berpeluk kawin dengan Anwar dan juak juaknya dalam senyap, walaupun selama ini PAS hanya berkawan dengan PKR dan DAP. 

Aku juga sangat yakin di kalangan ahli PKR yang sudah mula merasai nikmat perjuangan mula muak dengan kerakusan pemimpin mereka... semoga mereka di beri hidayah untuk menganti kalangan khianat yang sedang menyebarkan fitnah kepada TGHH dan pimpinan ulama dalam PAS kini... sebagaimana gurauan yang tidak kosong... Tukar je suka sama suka Khalid Samad dengan Khalid Ibrahim....

9 orang berkata:

Anonymous said...

Tiada bezanya Anak Sengat dan Pak Karamu...... Kedua-duanya otak Konservertif yang sama macam Pak Cik dan Mak Cik Felda. Usia kamu sahaja yang terlalu tua tetapi otak amat kemetot dan mudah di bonsai kan oleh pemimpin yang memakai topeng jenama Islam untuk menjadi sahabat UMNO dan BN.

Anonymous said...

Macai umno dan macai pas yg suka buat perpecahan dah gelabah bewok. Bewok jd buaye...

Anonymous said...

Lagi cepat pasMA Dituboh lagi bagus.biar cepat cepat puak anwarimas berambus.
Nama nama yang disebut itu boleh belah awal. Kita akan tengok adakah prrsiden pasMA gagah ku li.
Dan selepas ini kita akan lihat berapa banyak yang husam telah songlap semasa jadi anak mas tgna,dalam kerajaan pas kelantan (?kalau ada)

Anonymous said...

Setuju bro..

Anonymous said...

Komen drp kumpulan pengkhianat yg dh terkantoi..hehe

Anonymous said...

Mengkhisnati rakan politik tak sebesar dosa mengkhianati dasar perjuangan islam. Kerana terlalu kepada kerajaan ug antara dap,pkr dan pas ,hukum hudud di sorok bawah karpet. Kerana terlalu taksob dengan anwar ,mendiang karpal singh begitu lantang menentang hudud tak disanggah. Singh deo menyalahkan hudud atas kekalahan di telok intan,pun senyap.
Tidak kah anwar mengkhianati rakan apabila dalam diam bertemu najib untok KN? Atau anwar ni maksom.yang dibuat semua betol?
Jilat lah anwar tu
Tapi ahli pas yang sejati akan terus mendokong presiden nya.
Sejarah telah membuktikan ,parti serpihan pas akan tenggelam begitu sahaja. Hamim,berjasa.mana pegi semuanya. DAN INGATLAH JIKA SEKIRANYA HUSAM DAPAT MEMPENGARUHI TGNA SEKALI PUN ,TGNA AKAN HANYUT SEPERTI ASRI JIKA KELUAR DRP.PAS.

Anonymous said...

TGNA x boleh dipengaruhi oleh sesiapa...siapa husam nak pandai2...

Anonymous said...

PAS akan terus maju walau badai apa pun berlaku. Kami menyokong PAS krn dasar perjuangannya. PKR sokong.krn.anwar,.BN.sokong.krn.nak besarkan temboloknya.

Anonymous said...

Pas dan UMNO sama saja, penipu. Tak ada kuasa nak cari kuasa baru senang hidup tetapi hanya didunia. Dosa dan pahala kita yang buat hukuman selepas mati ALLAH yang tentukan. Berjuang kerana jujur dan benar akan diingat kebaikan sepanjang zaman, begitu juga keburukan yang dibuat akan disebut orang. Tak semua orang PAS gila pangkat dan harta. Ada yang sehingga kini hidup macam rakyat biasa walaupun jadi pemimpin. Berlain dengan orang UMNO, pimimpin mereka semuanya kaya raya, malah boleh disebut jutawan. Harta negara habis disonglap bukan atas hasil titik peluh kerja kuat berusaha sendiri. Rakyat tidak percaya kayaan mereka dari simpanan gaji dan alauan sebagai pemimpin. Pemimpin UMNO dulu berjuang demi rakyat sekarang berjuang demi mencari harta dan duit. Boleh dikatakan pemimpin UMNO sekarang 90% adalah kaya kaya belaka. Adakah mereka ini kaya kerana berusaha kuat atau menipu dan memperbodohkan rakyat. Kenapa kah rakyat masih memberi sokongan pada mereka. Negara adalah hak semua, rakyat mesti sepadan dengan pemimpin.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.