Pas-Umno Selangor tak pernah bincang isu MB
SHAH ALAM - Pas Selangor menegaskan tiada sebarang perbincangan antara
Umno dan Pas di negeri ini membabitkan sokongan terhadap Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, penegasan itu dibuat ekoran ada laporan berita yang menyebut seolah-olah wujudnya persefahaman di antara Umno dan Pas di Selangor bersabit isu itu.
"Saya berani sahkan bahawa Pas Selangor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Umno Selangor.
"Ramai pihak yang membuat andaian melulu sedangkan mereka bukan Adun atau ahli perhubungan Pas di Selangor. Mereka hanya membuat andaian," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut soal sokongan Umno kepada Abdul Khalid dalam kemelut jawatannya yang masih belum berakhir itu, Khairuddin mendakwa Umno Selangor bimbang sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN)
"Tindakan Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana Umno tidak mahu Dun dibubarkan dan berlakunya PRN.
"Ini kerana kerana Umno sendiri tidak yakin (nasib dalam PRN)," katanya.
Ujarnya lagi, meskipun Umno menunjukkan sokongan jelas kepada Abdul Khalid dan Pas masih membenarkan keempat-empat Exconya berkhidmat seperti biasa, tidak bermakna parti itu bekerjasama dengan Umno negeri ini.
"Itu tak bermakna Pas Selangor dan Umno Selangor bekerjasama.
"Pendirian Pas Selangor adalah setia, kekal dan mempertahankan PR termasuk mengekalkan empat Exco kita," katanya.

2 orang berkata:
Sekelompok kecil pemimpin pas pusat sedang meremote control tghh..saksikn kesudahannya..
Ada cacing kerawit dlm perut yg menjadikan perut x sedap...bunuh cacing.kerawit tu.
Post a Comment