Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHMAD AWANG BERCAKAP MACAM SUARA PASMA ......

PAS JANGAN PEDULI  DENGAN GABUNGANNYA SELAGI PAS SENDIRI BELUM LAGI STABIL DARI SERANGAN MUNAFIK-MUNAFIK DARI DALAM PARTI TERSEBUT, BIAR RAKYAT TAHU PAS BELUM MAMPU BEKERJASAMA ATAU BELUM MAMPU AKTIF KERANA MASALAH DALAMAN PARTINYA TELAH DI HINGGAPI VIRUS SYAITAN DAN IBLIS. SELEPAS PULIH BARU BOLEH BEKERJASAMA, ATAU SETELAH PAS DI KUBURKAN, DASARNYA DI KUBURKAN DAN ULAMANYA DI TERAJANG ! KEMUDIAN BARULAH PAS BOLEH STABIL DAN BARULAH BOLEH PAS ITU DI KATAKAN PAS, CARANYA PANGGIL ORANG LUAR RAMAI-RAMAI BELASAH PAS SAMPAI PARTI ITU TAK BOLEH BERNAFAS, TANGKAP ULAMA DAHULU SEBAGAIMANA PENJAJAH BUAT TERHADAP PEJUANG ZAMAN TAHUN 40'AN - Pak Karamu

 

Ust Ahmad Awang: Multaqa Nak Kukuh Atau Nak Pecahkan Pakatan Rakyat?


Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.