Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAKATAN HARAPAN JADI BAHAN KETAWA,


SETELAH UJUD PAKATAN HARAPAN SEPATUTNYA PAKATAN RAKYAT KASI KUBUR LA, TAPI PKR KATA DIA MENOLAK PEMBUBARAN PAKATAN RAKYAT, ERTINYA ADA DUA PAKATAN DALAM PARTI PEMBANGKANG, INI KASI SPEAKER PARLIMEN PUSING KEPALA, SEPATUTNYA  PERJUMPAAN MEJA BULAT TANGGUH DAHULU, KASI SEJUK DAHULU, DALAM MASA YANG SAMA MASING-MASING PARTI BUAT KERJA MASING-MASING, TENTUKAN SETIAP PARTI KUKUH DAHULU KEMUDIAN BARULAH FIKIR GABUNGAN.

PANDANGAN PAK KARAMU PARTI AMANAH DOK DIAM DAHULU, PERBAIKI DAHULU PERHUBUNGAN ANTARA DAP DAN PAS KEMUDIAN APABILA PARTI AMANAH DAH KUAT DAH RAMAI AHLI BARULAH BOLEH MASUK CAMPUR DALAM URUSAN GABUNGAN, BUAT MASA TERDEKAT PAS MEMANG TIDAK AKAN BERSATU DENGAN AMANAH ATAU ELOKLAH AMANAH DIBUBARKAN DAN MEREKA BOLEH SERTAI PARTI PKR ATAU DAP, RASANYA ITU BOLEH MENGURANGKAN RESIKO BERPOLITIK - Pak Karamu
‘Kami jemput tapi Pas tolak, ucap terima kasih’
 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
SUBANG JAYA – “Pas sekadar mengucapkan terima kasih atas jemputan persidangan meja bulat dan tidak dapat menghadirkan diri buat masa ini,” demikian ujar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya adakah rundingan akan dibuat dengan Pas pada masa akan datang, Wan Azizah berkata, pihaknya akan sentiasa mengalu-alukan Pas untuk membincangkan usaha bersama dalam memperkukuh kubu pertahanan pembangkang untuk menentang kerajaan.

“Kita (sentiasa) bersifat terbuka. Kita ini adalah antara mereka yang bersama-sama menentang kepimpinan kerajaan sekarang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media pembentukan pakatan baharu, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, buat waktu ini pendirian Pas adalah masih bekerjasama dengan PKR tetapi tiada jalinan kerjasama antara Pas dengan DAP mahupun Parti Amanah Negara (Amanah).
 
[ARTIKEL BERKAITAN: PR2.0: Pas tidak hadiri persidangan meja bulat]
Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan jadi blok baharu pembangkang]
Dalam pada itu, Wan Azizah turut menolak pembubaran Pakatan Rakyat yang pernah dibentuk antara Pas, DAP dengan PKR terdahulu.

“Tidak.. Saya tidak katakan Pakatan Rakyat terdahulu tidak berfungsi,” balasnya ringkas.

Ketika disoal mengenai perbezaan antara pembentukan Pakatan Harapan dengan Pakatan Rakyat, Wan Azizah menjawab, pihaknya buat masa ini sedang membincangkan polisi terbaharu yang akan dipersetujui oleh kesemua parti dalam pakatan baharu ini.

“Kami akan mengkaji kesesuaian terma-terma dan meminta persetujuan parti yang berada dalam pakatan ini sebelum memutuskan polisi dan perlembagaan baharu.

“Buat masa ini, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.