Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DISAMPING DAPATKAN BERITA TEPAT, PAS PERLU TANGKIS CEPAT

Dapatkan berita tepat berhubung PAS di media PAS

DAPATKAN BERITA TEPAT BERHUBUNG PAS DI MEDIA PAS

Sudah beberapa kali rakyat dikelirukan dengan pelaporan tidak tepat tentang PAS dan kenyataan pemimpin pemimpin PAS khususnya DS Presiden PAS.

Malah ada media yang sengaja memalsukan foto bagi memfitnah PAS.

Untuk berita berkait pendirian, ucapan, peristiwa melibatkan PAS, cara yang betul adalah merujuk kepada media rasmi PAS iaitulah Harakah sama ada Harakah Daily yang boleh di akses online atau Harakah Elektronik yg mamaparkan imej Harakah versi cetak yang perlu dilanggan.

Juga boleh dirujuk kenyataan rasmi pimpinan dan berita PAS setiap negeri menerusi medium media baru rasmi PAS Pusat iaitu:
Harakah Daily dikemaskini setiap hari manakala Harakah cetak diterbitkan 2 kali seminggu edisi Isnin dan Jumaat.

Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya jayakan kempen BELI, BACA DAN BERI Harakah sebagai medium penerangan yang boleh memperjelaskan isu isu yang berbangkit. HARAKAH sendiri kini telah banyak kemajuan pelaporan beritanya dan dengan adanya sokongan semua akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti persembahannya.

Jika berita berkaitan PAS datang dari media lain khususnya Malaysia Insider, Malaysiakini, kumpulan Berita Harian dan Utusan, TV3, maka orang ramai perlu hati hati gaya penulisan khususnya tajuk berita serta pilihan foto yang digunakan yang selalu menimbulkan keliru dan persepsi buruk kepada pas.

Malang sungguh ada juga penyokong PAS yang menjadikan media berkenaan sebagai sumber berita mereka.

Lebih malang ada juga yang menggunakan posting media saraf UMNO sebagai bahan rujukan.

Saya ambil kesempatan untuk umumkan adanya dikesan laman Parti Islam Semalaysia yang telah dipalsukan seperti imej laman palsu yang disertakan. Ini pernah terjadi sebelum ini di beberapa PAS Kawasan.

Sekian dengan hormatnya.

BELI, BACA DAN BERI LAH HARAKAH
ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb. Oktober 2015

4 orang berkata:

Anonymous said...

Entahnya terputar putar org cakap lain disimpulkan lain.nak menangkan diri sendiri sj tak kira fitnah ke apa.apa yg pasti kita boleh kenallah sapa tukang putar sekarang.tgok sj la permainan putar mereka tu sama mcm najib juga

Anonymous said...

Nak tanya...yg dato pas kelantan rasuah hal balak tu betul ker tak betul? Nak rujuk kat mana?

Anonymous said...

Betul ker duit cikgu yik dah kena potong gaji tapi duit pitongan tak bayar hutang mereka lagi. Kalau rujuk kat tv pas ada tak? Saya nak buat tesis degree saya la.

Anonymous said...

Betul ke mb ahmad yaakob ada cakap kat mana2 bhwa dia nak letak jawatan kalau hudud tak terlaksana di kelantan tahun 2015 ini. Boleh ke kita dapat maklumat tu kat harakah daily?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.