Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP GILA ?

DAP main politik gila, kata Pemuda Pas Selangor
Syarhan Humaizi
Syarhan Humaizi
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyifatkan DAP kini semakin menggila apabila membuat tuduhan tidak berasas terhadap Pas. 
 
Ketuanya, Syarhan Humaizi Halim berkata, tuduhan DAP yang mengatakan Exco-Exco Pas akan berbuat apa sahaja di Selangor termasuk memperkenalkan pentadbiran tidak sesuai kepada rakyat Selangor seperti orang gila yang bercakap tanpa asas.

“Atas sikap apa DAP mengatakan Exco-Exco Pas dalam Kerajaan Selangor ‘berbuat jahat’ apabila memperjuangkan hak-hak rakyat?

“Tidak ada orang gila yang mengaku dia gila, bahkan dia akan kata orang lain gila. Begitu juga orang jahat yang tidak akan mengaku dia jahat bahkan dia akan menuding jari ke arah orang lain. Ini politik DAP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan bertegas parti itu akan terus mengekalkan kedudukan dalam Selangor meskipun PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan Pas bagi menghalang parti Islam itu daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat negeri ini.

Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri, Pas dibimbangi akan berbuat apa sahaja termasuk memperkenalkan larangan menjual arak.  


Dalam pada itu, Pemuda Pas Selangor juga menasihatkan dan menegur DAP di Selangor supaya mengambil sikap untuk sama-sama berusaha membangunkan negeri ini.

“Peduli rakyat menjadi agenda utama bukan mengizinkan sikap prejudis sebahagian pimpinan DAP mengganggu gerak kerja serta khidmat bakti untuk rakyat Selangor,” katanya.

Malah katanya, rakyat Selangor boleh menilai sendiri kesungguhan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh Exco-Exco Pas di negeri ini yang bukan sahaja melalui saluran kerajaan semata-mata dalam berkhidmat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Mereka tu meroyan saja sbb parti islam yg dilahirkan mereka tak sangat disukai org.cakap sj lebih tp habuk sj dpt.mereka bermain api tentulah mereka sendiri yg akan terbakar nanti.sekarang bkn zaman org menelan mentah mentah sekarang zaman org menilai.bodohlah kalau ingin org percaya begitu.org akan percaya mat sabu n the geng itu nampak sgt taksub dap.oleh krn pkr tak sgt ingin dengar ckp mereka sekarang mereka ingin kacau pkr pula.kacau la kacau nanti diri sendiri yg jd kacau.

Anonymous said...

berpeluk dgn umno lah kamu. jgn malu2

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.