Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK MATI BERSAMA PAS TAPI SERANG PAS

Husam diminta beri keterangan Selasa depan
Takiyuddin Hassan
 
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan dipanggil  oleh Dewan Harian Pas bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya terhadap Presiden Pas 24 November ini. 
 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan‎ berkata, notis pemberitahuan tentang perkara itu telah dimaklumkan kepada Husam minggu lepas.

"Kita wajibkan dia (Husam) datang, terpulang kepada dia, notis pemberitahuan telah dimaklumkan kepadanya.

"Mesyuarat itu akan diadakan pada jam 12 tengah hari, di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut," katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan Husam dan Dewan Harian Pas pada 24 November ini, Takiyuddin berkata, Husam boleh membawa sebarang dokumen dan bukti berkaitan.

Dewan Harian Pas terdiri daripada Presiden Pas, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Ketua Pemuda dan pimpinan tertinggi Pas.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai debat terbuka antara Datuk Mustafa Ali dan Husam, Takiyuddin berkata, Pas tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

"Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami (Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di luar.


"Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini," katanya.
Sebelum itu, Mustafa mengajak Adun Salor itu bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi
mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan Husam mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun lalu.

5 orang berkata:

iris said...

Husam ni poning aje sbb ramai kawannya buat parti lain jd dia jd keliru.sindrom hilang kawan agaknya.dah mkn ubat tu baik la.nak tunggu kena pecat ke apa.katanya tak heran dgn baiah mcm kawan kawannya juga.dia ada idea lain agaknya.cuba la fahami dia juga

Anonymous said...

syabas datuk husam! jangan wala' membabi buta. anda contoh yang terbaik.

Anonymous said...

Oii bodoh, Husam sayang parti. Dia serang presiden pas laa bodoh. Presiden jahanamkan parti. Benda mudah mcm tu pun susah nak fikir ke? Oh! Lupa! Org bodoh mmg tak pernah berfikir.

Unknown said...

Berani kerana benar,Takut kerana salah,.ini lah pejuang Rakyat yg terbukti,.syabas Datuk Husam,.demi Rakyat lawan tetap lawan,..

Anonymous said...

Tp heran jg, Husam sangat rapat dengan almarhum Ust Nik Aziz tp beliau x dipilih untuk menggantikan almarhum sebagai mb...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.