Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TINDAKAN ZALIM MEMANG KERJA DEPA

Isu JKKK: Kerajaan Pakatan Harapan berbohong
Mohd Yusni Mat Piah
Mohd Yusni
 
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang didakwa berbohong berhubung pemecatan 300 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) di kalangan ahli Pas di Parlimen Kepala Batas. 
 
Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Yusni Mat Piah berkata, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung surat pemecatan yang diserahkan kepada 300 ahli JKKK sama sekali tidak benar.

"Pas negeri berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berbohong kepada rakyat kononnya 300 ahli JKKK dari kalangan ahli dan pemimpin Pas telah dipecat sepanjang Oktober lalu. Ini kerana, ramai di kalangan mereka tidak menerima surat pemecatan dari Kerajaan Pulau Pinang.

"Jika tidak serahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong mengatakan semua 300 ahli JKKK itu dipecat? Lebih mengecewakan, Kerajaan Pulau Pinang dilihat seolah-olah 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK dari kalangan ahli dan pemimpin Pas," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pas negeri bersedia memberi rekod sebenar jumlah ahli Pas yang menjadi ahli JKKK di negeri ini.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak memaklumkan jumlah sebenar ahli JKKK di kalangan ahli Pas. Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli Pas negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK.

"Kenapa 783 orang lagi dibiarkan? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP? Di sesetengah tempat, semua JKKK itu adalah ahli Pas yang memegang jawatan Pengerusi, Setiausaha serta seluruh ahli jawatankuasanya. Jika Kerajaan Pulau Pinang tiada rekod terperinci, saya bersedia mendedahkannya nanti," katanya.

Mohd Yusni berkata,  Pas negeri sudah lama mengambil keputusan untuk tidak bersama-sama Kerajaan Pulau Pinang selepas mengisytiharkan sebagai Kerajaan Pakatan Harapan.

"Pas negeri dari awal lagi iaitu sejak penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Bukan sahaja di kalangan pengerusi dan setiausaha JKKK malah di kalangan semua peringkat jawatankuasa di semua kawasan yang terlibat.

"Kenyataan Mohd Rashid mengatakan 300  ahli JKKK Pas dipecat dan digantikan dengan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak relevan lagi kepada Pas negeri.

Bagi mewakili Pas negeri, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lebih telus serta lebih berintegriti dalam urusan tadbir mereka," katanya.

Menurutnya, walaupun dizalimi DAP, Pas negeri tetap akan berfungsi seperti biasa dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Pas negeri akan tetap berfungsi seperti biasa dalam menyumbang khidmat bakti kepada rakyat sepertimana Pas berfungsi sebelum berjaya menawan Pulau Pinang dari Kerajaan Umno-BN.

"Walaupun 300 ahli JKKK di kalangan ahli Pas kononnya dipecat, tetapi secara ikhlasnya, kita tidak terkilan atau menjadi lemah dengan tindakan zalim Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap Pas.

"Walaupun Kerajaan Pulau Pinang mengambil pelbagai tindakan zalim ke atas Pas (selepas penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan) antaranya memberhentikan bantuan kewangan secara tiba-tiba kepada Sekolah Rendah Islam Al Ansar (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) serta memecat Ahli Majlis di kalangan ahli Pas, ia tidak sedikit pun melemahkan Pas, malah kita akan lebih komited bekerja untuk rakyat di negeri ini," katanya.

Mohd Yusni berkata, tindakan Mohd Rashid mengeluarkan kenyataan berhubung pemecatan ahli JKKK itu menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab, jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Syiohhh.....syiohhh......
Pergi berambossss la woiii...

Hidup Najib! said...

Piirah.lu apa hal??masa pru dulu lu khianat...tikam kawan...last2 deposit pun hanyut..ini maseh ada muka nak bersuara lagi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.