Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG UMNO JUGA BERHARAP BOLEH BERUBAH

Nasihat Pas beri Umno peluang berubah
0
Zaharuddin Muhammad
Zaharuddin Muhammad
 
SHAH ALAM - Kesediaan Pas menjadi penasihat kepada kerajaan Umno dan BN tidak terhad kepada institusi kepimpinan semata-mata bahkan teguran itu dibuat demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu termasuk ahli parti hingga akar umbi. 
 
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, konsep nasihat yang dihasratkan Pas bukan untuk menjatuhkan Umno dan BN setiap masa, sebaliknya memberi peluang kepada parti Melayu itu untuk berubah.

“Ada masa nasihat, justeru tiada ruang jatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada pilihan raya. Kalau Umno boleh berubah..Alhamdulillah.

“Kalau tak berubah, maka pilihan raya nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu berkata, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.

Dengan memetik surah al-Asr, beliau berkata surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

Mengulas lanjut, Zaharuddin juga berkata Pas perlu bersama-sama Umno dalam menghalang sesuatu kemungkaran termasuk dalam isu yang melibatkan solidariti serta sokongan terhadap rakyat Palestin.

“(Pas) menasihati Umno supaya menghalang kemasukan atlet sukan atas nama Israel. Jika Umno sebagai pemerintah setuju menghalang, maka kerjasama Pas dan Umno dalam perkara makruf seperti ini adalah perlu.

“Tapi kalau Umno mengizinkan perkara itu, maka Umno juga kita akan lawan. Dalam bab TPP dan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), Pas tetap lawan Umno sehingga ianya berubah,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, Pas perlu menyakinkan kerajaan bahawa negara perlu berbalik kepada sistem percukaian Islam bagi menampung defisit sebanyak RM29 billion dalam Bajet 2016.

“Ini namanya politik rasional atau politik matang. Bukan politik spin dan politik dalam selimut,” katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.