Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALLAH BAGI DIA MIMPI BENAR TAPI DIA KEDEKUT BUKA RAHSIA AKHIRNYA MIMPI ITU JADI PALSU

‘Saya dapat mimpi menakjubkan ketika di angkasa lepas’
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sedang memberi penerangan tentang baju angkasawan beliau di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. – Foto Sinar Online
 
SHAH ALAM - "Ketika di angkasa lepas saya bermimpi sebanyak dua kali, iaitu mimpi yang begitu menakjubkan," demikian dedah Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tentang pengalaman menarik beliau ketika di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)‎. 
 
Namun ujarnya, beliau masih enggan berkongsi mengenai mimpi yang menakjubkan itu.

"Buat masa ini, saya masih mahu merahsiakan mimpi itu," katanya ketika berkongsi pengalaman beliau di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program khas untuk memperkenalkan baju angkasawan di Auditorium Karangkraf.

Turut hadir dalam porgram ini adalah Angkasawan Rusia, Salizhan Sharipoz.

Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar berkata, pemandangan bumi daripada angkasa lepas begitu menakjubkan sehingga beliau merasakan ingin terus menetap di sana.

"Saya seperti tidak mahu balik ke bumi, tengok pemandangan b‎umi daripada angkasa begitu menakjubkan, meremang bulu roma. Sungguh kebesaran ALLAH begitu nyata di angkasa lepas," katanya.

Sheikh Muszapha merupakan angkasawan pertama Malaysia, beliau berlepas dari bumi untuk ke ISS pada 10 Oktober 2007 dan mendarat ke bumi pada 21 Oktober 2007.
Beliau berada di ISS selama 12 hari. ‎

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.