Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANDAINYA MUKHRIZ TIDAK TERSINGKIR, DEPA MALU BESAAAQ !!!

Mukhriz bertugas seperti biasa hari ini
 Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
 
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini menjalankan tugas seperti biasa dengan menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-88 di Istana Anak Bukit di sini. 
 
Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Semalam, satu sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah menegaskan bahawa pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.

Sidang media tersebut juga turut merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.


Ahmad Bashah berkata, Mukhriz gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di negeri tersebut.

Pada hari yang sama Mukhriz turut memberi kenyataan yang menegaskan beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasinya sejak dilantik menerajui pentadbiran negeri Kedah.

Mukhriz berkata, kedudukan beliau sekarang adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Mungkin tuang presdeng parti cap penutup periok salah bagi nasihat. Tu yang gagal nak singkir mukhriz turrr

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.