SHAH ALAM - Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, petang tadi disambut
 Menteri Besar Kedah, Datuk
 Seri Mukhriz Mahathir.


Gambar kedua-duanya dirakam dan dimuatnaik oleh laman Facebook Mukhriz 
Mahathir Fans kira-kira jam 6.40 petang.

Najib dilihat sempat berbual dengan Mukhriz yang berbaju warna merah 
di tepi kenderaannya sambil disaksikan sekumpulan individu.

Keadaan politik di Kedah panas apabila beberapa pimpinan Umno Kedah
 diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah
mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang
 media di Alor Setar, Kedah, Rabu lalu.


Dalam sidang media itu, mereka mendesak Najib melakukan
 perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal 
menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri
.