ARTIKEL BERKAITANSHAH ALAM – Pelawak terkenal, 
Mr Os muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas
 Perlis menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan 
dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas (DPP 
Malaysia official), hari ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa
 berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis 
semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Sinar Online sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama
 sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika 
diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti 
mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. Nanti 
saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan Pas
 dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya 
kepada Sinar Online.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima 
penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, 
Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.