KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu sama ada Pengerusi Umno Kedah,
 Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir atau tidak pada mesyuarat
 Majlis Tertinggi Umno, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri 
Tengku Adnan Tengku Mansor.  

Katanya ini kerana Mukhriz hanyalah ahli MT 'turut hadir' (yang dilantik)
 bukan ahli MT yang dipilih melalui undian.   

"Jadi kalau diputus tidak payah datang, tidak payah datanglah, itu saja,"
 katanya kepada media selepas mesyuarat MT di sini hari ini.   

Tengku Adnan berkata beliau juga telah memaklumkan kepada Mukhriz 
menerusi panggilan telefon pagi tadi supaya tidak menghadiri mesyuarat itu.   

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah hadir pada mesyuarat itu kira-kira
 jam 3 petang sebelum meninggalkannya kira-kira sejam kemudian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno]   
Mukhriz yang ditemui pemberita berkata beliau telah diminta berbuat demikian 
oleh Tengku Adnan. - Bernam
a