Memetik laporan sebuah portal, kereta rasmi kerajaan yang membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi tadi.

Difahamkan, sumber terdekat portal tersebut mendakwa Najib menghadap Seri Paduka dengan membawa senarai calon Menteri Besar Kedah ke-12 untuk dipersembahkan dan mendapat perkenan Tuanku.

Sementara itu, Sinar Online cuba mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun masih belum beroleh jawapan.  

Sebelum ini, suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan‎ kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.