Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERGOLAKAN BELUM NAMPAK PENYELESAIAN

Mukhriz akan teruskan tugas MB, selagi rakyat mahu
0
Mukhriz akan teruskan tugas MB, selagi rakyat mahu
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) menyampaikan ucapan kepada para penyokongnya di hadapan Bangunan Tunku, Alor Setar semalam. - Foto Bernama
 
ALOR SETAR -  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan beliau akan tetap meneruskan khidmat beliau selagi dirinya dikehendaki rakyat. 
 
Beliau yang‎ dilihat keluar dari Bangunan Tunku pada jam 11.45 malam tadi  mendapat sorak padu penyokong.

Sebelum berlepas dengan kenderaannya, Mukhriz sempat memberi ucapan terima kasih kepada penyokong hadir.

Mukhriz turut menyifatkan apa yang berlaku, sebagai cabaran kecil dalam politik.

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan saya harap rakyat Kedah bersabar,"katanya.



Lebih 1,000 orang hadir menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Mukhriz di Bangunan Umno jam 8 malam tadi.

Penyokong itu turut melaungkan "Kami Nak Mukhriz dan sepanduk menyatakan sokongan terhadap menteri besar.

Seorang penyokong, Fazil Mat Enda berkata, beliau merasa terkejut apabila Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan Menteri Besar gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.

"Kenyataan pihak berkenaan adalah palsu dan merupakan tohmahan untuk menjatuhkan kepimpinan Mukhriz hari ini. Saya juga menafikan bahawa Menteri Besar tidak mendapat sokongan dari Umno Kedah hari ini.

"Pada malam ini (semalam)  terbukti semua lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa telah turun bagi memberi sokongan dan ini bercanggah dengan kenyataan yang di buat oleh pihak berkenaan," katanya.

Menurut Fazil , Mukhriz sentiasa bekerja keras untuk memajukan Kedah hingga jadual hariannya dipenuhi dengan pelbagai undangan serta turun ke padang bagi meninjau rakyat negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ketibaan Mukhriz telah menyemarakkan lagi sokongan dikalangan penyokongnya hingga beberapa pengawal terpaksa dipanggil bagi memberi laluan untuk masuk ke Bangunan Umno.

Walaupun keadaan begitu sesak dengan penyokongnya tetapi pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Sementara itu seorang penyokong yang hadir pada perhimpunan menyokong kepimpinan Mukhriz  mahu penjelasan dibuat oleh pimpinan Umno Kedah berhubung sidang media tergempar, yang disifatksn terlalu drastik.

Peniaga, nor azizi noor, 48, berkata, sewajarnya perbincangan dibuat kalangan ketua-ketua umno bahagian, bukannya pengumuman mengejut tanpa menyatakan alasan kukuh.

"Mukhriz seorang menteri besar disenangi ramai, termasuk semua bangsa. Tiba-tiba mereka hilang kepercayaan terhadap beliau, sedangkan beliau tidak pernah dikaitkan dengan salah laku, rasuah atau kes negatif," katanya.

Menurutnya, akar umbi mahu Umno Kedah menyatakan apa kemelut yang berlaku sehingga tindakan itu dibuat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.