Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERKIRAANNYA MUDAH,PAS PERLU PUTUSKAN SAHAJA TAHALUF DENGAN PKR

MUSIM SERANG KELANTAN SUDAH BERMULA, PKR TAK DAPAT ELAKKAN DARI BEKERJASAMA DENGAN AMANAH SEBAB AMANAH ADALAH GENG PKR, PKR MUNGKIN TAK DAPAT ELAK BERSUBAHAT DENGAN AMANAH, SEDANGKAN AMANAH BERMUSUH DENGAN PAS, MEREKA TERPAKSA SERANG PAS, JALAN TERBAIK IALAH PAS TERPAKSA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR, BARU SENANG BUAT KERJA - Pak Karamu


Saya akan bincang belakang tabir dengan Pas'
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
 
KUALA LUMPUR - PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas dalam bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di antara mereka. 
 
Setiausaha Agung Pas, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedia maklum mengenai amaran yang dibuat Pas bahawa akan memutuskan tahaluf siyasi bersama mereka.

Menurut beliau, PKR akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi parti itu dan biro politik mereka sebelum bertemu dengan Pas.

"Saya baca (kenyataan itu), saya sedia maklum dan akan bncang di peringkat kepimpinan parti. Apa pendirian PKR? Sebaiknya kita bersatu menolak Umno dan BN.

"Isu ini  (amaran) ini akan dibincangkan oleh pimpinan parti bersama biro politik kmudian kita akan berbincang belakang takbir denganPas," katanya pada sidang media, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, adalah lebih baik semua parti pembangkang bersatu daripada bertelagah sesama sendiri.

Semalam, Pas Kelantan secara rasmi telah mengeluarkan surat amaran kepada PKR  supaya tidak membuat sebarang hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas tidak teragak-agak untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti itu mengkhianati mereka.

Pada 9 Januari lalu, secara rasminya, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meterai perjanjian bersama dalam Pakatan Harapan sekaligus menunjukkan Pas terkeluar daripada blok pembangkang itu.

1 orang berkata:

Anonymous said...

PKR terpaksa menjaga kepentingan partinya. Selagi PAS boleh diguna sebagai tongkat, selama itulah ia bermanis muka.
Tunggu PRU14 nanti, jika PH dapat menguasai mana2 negeri tanpa perlu ditampung oleh kerusi PAS, maka ketika itu PKR akan melambai bye bye kpd PAS.
Percayakah PAS dgn politik hari ini berpandukan pengalaman? Rakan kongsi tak pernah jujur. Yg lurus dan ikhlas dianggap bodoh dan akan
dipijak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.