Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA SEBAB RUGI, TIADA SEBAB TIPU, BALIK KEPADA TUJUAN ASAL IA DITUBUHKAN

 TABUNG HAJI PERLU DI ODIT - Pak Karamu

Tabung Haji nafi alami krisis kewangan
0
Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abdul Rahim
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan pihaknya mengalami krisis kewangan seperti yang dilaporkan media sebelum ini. 
Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.


"Tidak. Ia tidak benar," katanya. Menurutnya, TH akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memperjelaskan isu tersebut.
 

"Tabung Haji akan adakan sidang media," katanya di lobi Parlimen, hari ini.


Sebelum ini, portal berita melaporkan amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat TH secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot.


Dalam surat bertarikh 23 Disember lalu yang dilaporkan, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset TH hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.


Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila  membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.


TH dilaporkan membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.


Disebabkan tekanan oleh pelbagai pihak, TH mengambil keputusan untuk menjual tanah tersebut namun tiada sebarang perkembangan mengenai dilaporkan.

1 orang berkata:

sabila said...

Habis kan seorang budak hitam.tinggal lg sembilan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.