Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YA KA BANG NAK JADI MENTERI BESAQ ?

Azmi serah kepada takdir ALLAH
1
Azmi serah kepada takdir ALLAH
Azmi melambai ke arah wartawan sebelum meninggal majlis.
 
ALOR SETAR - Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussain menyerahkan kepada takdir ALLAH SWT untuk menentukan nasibnya dalam politik Kedah.  
 
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dun Kedah mengakui tidak mengetahui atau mendapat sebarang petunjuk mengenai desas-desus namanya tersenarai sebagai salah seorang calon yang dicadangkan mengisi jawatan Menteri Besar (MB) Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

“Saya selesa dengan keadaan sekarang dan sedia menerima sesiapa sahaja yang diberi amanah sebagai MB Kedah. Saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.  

“Terpulang kepada kehendak dan takdir ALLAH menentukannya sama ada kedudukan MB berubah dan siapa bakal penggantinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Transformasi Sekolah - Projek Mesin Air Beralkali dan Dobi Layan Diri di Sekolah Menengah Agama Darussa’adah di Kepala Batas di sini, semalam.   

Sinar Harian semalam, menyebut Azmi antara calon dicadangkan sebagai MB Kedah baharu yang diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. 

Dua lagi calon ialah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang juga Exco Industri dan Pelaburan); Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (Exco Agama dan Pelancongan).

Ditanya beberapa kali sama ada menyedari namanya tercalon berikutan kemelut Umno Kedah, beliau dengan bersahaja berkata tidak tahu apa-apa mengenainya. 

“Biar orang lain. Saya tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu kerana banyak tugas perlu diselesaikan. Saya selesa dengan keadaan sekarang dan berharap krisis itu dapat diselesaikan segera. Semua orang nak buat kerja untuk rakyat,” katanya. 

Ditanya sama ada perlu dibuat pertukaran MB pada masa kini, beliau berkata no komen dan menambah 'Kedah dalam keadaan aman damai'.  

Ditanya apa perancangannya jika dilantik sebagai MB Kedah baharu, beliau menjawab no komen. 

Azmi juga menjawab no komen berkenaan soalan apa yang boleh dilakukan jika Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menjadi MB.

Ketika diajukan soalan urusannya ke Kuala Lumpur kelmarin, beliau berkata ia atas urusan rasmi dan bukan mengenai politik atau perbincangan isu MB Kedah.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.