Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MIHYIDDIN KELUAR TAK KESAH, TAPI JANGAN MAHADHIR ! WHY ? !

Zahid harap Mahathir timbang semula keputusan
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghormati keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno, namun berharap bekas presiden parti itu mempertimbangkan semula keputusannya itu. 
 
Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden Umno itu yakin bekas perdana menteri itu masih sayangkan Umno dan memahami bahawa seorang presiden Umno memerlukan sokongan daripada ahli-ahlinya.

"Saya yakin sebagai salah seorang Perdana Menteri yang terlalu lama memerintah beliau (Mahathir) tentunya maklum bahawa adanya beliau sebagai perdana menteri disebabkan sokongan daripada ahli Umno," katanya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Dinar Emas 2016 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir, 90, mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika zaman kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya menghormati secara peribadi keputusan dan segala yang telah diputuskan Tun Dr Mahathir. Namun saya fikir bahawa beliau akan tentunya pertimbangkan semula keputusan itu bila tiba masanya kelak," kata Ahmad Zahid.

Dr Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini membuat pengumuman beliau dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Selepas bertindak keluar daripada Umno pada 2008, Dr Mahathir kembali menyertai Umno pada 4 April, 2009 selepas Datuk Seri Najib Razak menerajui kepimpinan negara dan parti.

Dr Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam Umno pada 26 September 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan Umno pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.

Ditanya tindakan Tun Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada parti, Zahid, yang Menteri Dalam Negeri, berkata Umno perlu kukuh bersatu untuk terus mendapat sokongan rakyat.

"Saya memahami apa yang penting adalah untuk bekerja bersama-sama bagi membina semula parti terutama membina semula keyakinan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera serta memastikan Umno dan BN mendapat sokongan rakyat," katanya.

Pada majlis itu, sejumlah 33 ahli perniagaan menerima anugerah.

Hadir sama Presiden Mimcoin, Datuk Syed Jamarulkhan S. Kadir, dan Duta Khas Infrastruktur Bagi India Dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.