Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGAMPU

Pas: Kepimpinan kerajaan lebih suka mengampu
 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kepimpinan negara lebih banyak disibukkan dengan kerja membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan pelbagai skandal yang menghimpit pemimpin nombor satu itu. 
 
Menurutnya, kepimpinan yang ada dilihat lebih suka membuat kerja mengampu untuk mengekalkan kuasa daripada menggembleng tenaga dalam merancang masa depan negara.

“Kepimpinan sebegini sudah tentu tidak lagi boleh diharapkan bagi membela rakyat dan negara. Rakyat kini menanti PRU14 untuk melakar perubahan politik.

“Rakyat memerlukan peta baru dalam merangka pelan pembangunan dan masa depan negara. Umum mengetahui bahawa BN gagal membela dan menyelesaikan masalahan negara, apakah rakyat masih ingin meneruskan dan mengekalkan kerajaan yang korup ini? Jika ya, maka natijahnya nanti ialah kegagalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu dibawa keluar dari pelbagai belenggu masalah dan Malaysia perlu diselamatkan seterusnya mencapai objektif untuk menyatukan semua pihak yang sayangkan negara ini.

“Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya, selain BN yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan dalam kalangan parti pembangkang.

“Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu, bukan saling menyerang dan melemahkan antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, Pas sekali lagi menyarankan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai jalan keluar kepada kemelut politik pembangkang.

“Kerajaan teknokrat merupakan langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara, manakala parti dan ahli politik sebagai wadah perubahan tersebut.

“Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan, kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada perdana menteri hingga ke peringkat bawahan,” katanya.

Katanya, sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri,namun berbeza dengan konsep kerajaan teknokrat.

“Kuasa politik yang didapati melalui pilihanraya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara.

“Dengan kerajaan teknorat, polemik sempit berdasarkan persepsi semata-mata, persaingan dan penindasan atas nama perbezaan parti politik, salah guna kuasa oleh ahli politik, kediktatoran seseorang ahli politik dan cara berpolitik fitnah dan durjana dapat dikurangkan,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tiada bezanya Umno dan Pas..

Anonymous said...

Tiada bezanya macai dan walaun pemakan dedak.

Anonymous said...

Apa kurangnay dengan loger ni .pengampu dan penjilat hadi.standrd sama je .

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.