Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOM DI TURKI MERAGUT 34 NYAWA

Pas kecam pengeboman di Ankara
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi

SHAH ALAM – Pas mengecam kejadian pengeboman yang berlaku di ibu negara Turki, Ankara, semalam yang mengorbankan 34 nyawa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua pihak dari dalam dan luar negara bagi menangani sebarang anasir yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian manusia sejagat yang berlaku dalam pelbagai bentuk.

“Pas menyatakan solidariti dan simpati kami kepada rakyat dan kerajaan Turki di atas insiden pengeboman yang berlaku di Ankara.

“Kami juga merakamkan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan saudara mangsa yang terbunuh dalam insiden tersebut,” katanya.

Dalam kejadian letupan bom kereta di Ankara itu, selain 34 maut, 125 lagi cedera.

Letupan pada jam 6.43 petang waktu tempatan itu berlaku dekat Guven Park di tengah bandar itu, menurut penyiar Turki TRT.

Rakaman CCTV yang dimuat naik di YouTube menunjukkan sebuah kereta sedang memotong dua bas sebelum bergerak perlahan dan meletup.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.