Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CUTI LAGI

Cuaca panas: Sekolah di Kedah, Perlis diarah tutup
cuaca panas

GEORGETOWN - Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah diarah tutup esok (Khamis), manakala di Perlis tutup selama dua hari bermula esok.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di dua negeri berkenaan melebihi 37 darjah Celsius lebih 72 jam akibat cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino.

"Cuaca di Kedah dan Perlis dari Isnin hingga Rabu lebih 37 darjah Celsius dan di Perlis hari ini mencecah 38.2 darjah Celsius, manakala Kedah sekitar bawah sikit daripada itu," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata penutupan sekolah ekoran cuaca panas itu bagaimanapun hanya melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, namun proses pengajaran dan pembelajaran tidak perlu diganti.
"Operasi pentadbiran sekolah juga hendaklah berjalan seperti biasa," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Cuti tak apa kerana cuaca terlalu panas.tetapi apa kata ada yang ponteng selalu padahal bilik berhawa dingin.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.