Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KU LI, SAYA ADA HAK


'Saya ada hak tandatangan Deklarasi Kelantan'
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan bahawa beliau mempunyai hak untuk menandatangani Deklarasi Kelantan yang dilancarkan pada Khamis lalu.

Menurut beliau, dokumen berkenaan merupakan dokumen biasa yang dihasilkan oleh mana-mana persatuan atau parti politik di negara ini.

"Sebenarnya saya tidak pernah berada dalam mana-mana gerakan yang boleh menyalahkan saya ekoran daripada menandatangani deklarasi itu. Saya sebagai ahli Umno, jadi saya ada hak utk tanda tangan," katanya ketika sidang media yang berlangsung di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh bersama beberapa pemimpin Umno dan BN Kelantan menandatangani satu deklarasi bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan yang mengatakan beliau merupakan seorang yang berpaling tadah, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa pihaknya hadir ke majlis akuan sumpah sebelum ini adalah disebabkan oleh mendapat jemputan daripada Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.

"Saya dijemput dan sanggup hadir kerana saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menahan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

"Jadi yang lain-lain saya tak ada bagi sokongan dan tak bersetuju dengan tindakan mereka," katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.