Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rakyat lagi keciwa, apa lagi yang dapat diharapkan kepada kerajaan ?

Najib luah rasa kecewa kes seleweng lebih RM100j
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan kes penyelewengan dan ketirisan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu tanpa dikesan sehingga kerajaan kerugian lebih RM100 juta.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat kes berkenaan yang melibatkan pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang kes penyelewengan dana kerajaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit," katanya dalam entri terbaharu blog beliau, najibrazak.com.


Najib juga mahu semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memantau setiap perbelanjaan bajet yang telah diperuntukkan pada tahap ketelusan dan akauntabiliti yang tertinggi.

Menyentuh mengenai kes rasuah itu, beliau berkata satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan dengan serta-merta dan kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat serta tindakan undang-undang.    

"Jabatan Audit Negara juga akan mengkaji dan memperketatkan lagi prosedur berkaitan tatacara pengurusan kewangan kerajaan," katanya.

"Saya mahu perkembangan kes ini dipaparkan dalam Auditor General’s Dashboard di laman web https://agdashboard.audit.gov.my bagi tatapan umum," katanya.

Najib berkata dashboard itu mula diperkenalkan pada tahun 2013 bagi memantau tindakan yang telah diambil terhadap kes-kes yang dikenal pasti bermasalah oleh Jabatan Audit Negara.    

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Audit Negara juga akan mengkaji dan memperketatkan lagi prosedur berkaitan tatacara pengurusan kewangan kerajaan.    

Pada Jumaat lepas SPRM menahan seorang setiausaha bahagian di kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Audit 1mdb apa citer.2x5 sj kalau bkn niat yg iklas suci murni keranaNya mcm pas.jab lagi ada org komen jual togel.apa punya org tak reti bahasa agaknya bloq kuliah agamapun dok tabur togel jugak.tak kira tempat nak main belasah saja.dasar jd ayam togel baru tahu

Anonymous said...

Di blog pro Umno bila ade orang cuba iklan no.togel cepat2 mereka deletekan....tapi blog kepunyaan penyokong totok Pas Pakkaramu ni...berlumba2 orang mengiklankan no.togelnya......bertambah2 banyak.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.