Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RASUAH

Bekas pegawai kanan Bernas dituduh terima rasuah
Bekas pegawai kanan Bernas dituduh terima rasuah
Bekas pegawai kanan Padi Beras Nasional (Bernas) Hassin Mad Zin dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM73,000 pada 2013 dan 2014. - Foto Bernama
 
ALOR SETAR - Bekas pegawai kanan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM73,000 bagi mendapatkan kuota beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) untuk pihak ketiga pada 2013 dan 2014.

Hassin Mad Zin, 54, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Dia dituduh menerima suapan RM9,000 daripada pemilik WH Awana Enterprise melalui akaun Bank Islam cawangan Alor Setar pada 1.38 tengah hari, 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan 30 tan beras ST15 bagi bulan Julai tahun sama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Zanol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April bagi sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, Hassin mengaku tidak bersalah terdapat lima pertuduhan menerima suapan RM12,800 pada September, Oktober, November, Disember 2013 dan Januari 2014 daripada pemilik Syarikat Berkat Zarul Enterprise sebagai dorongan mendapatkan 40 tan beras ST15 bagi syarikat itu bagi bulan September, Oktober dan November dan dua kali bagi Disember daripada kementerian sama.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu menerusi akaun Bank Islam Cawangan Guar Chempedak, Gurun pada 11 September, 9 Oktober, 8 November, 5 Disember 2013 dan 7 Januari 2014.

Zanol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohamad Sofee Razali dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A.Hafiizh Abu Bakar daripada SPRM.

Bagi semua pertuduhan itu, Hassin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.