Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEKOLAH DIBUKA SEMULA ESOK

El Nino: Semua sekolah diarah buka esok
El Nino: Semua sekolah diarah buka esok
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk Kedah dan Perlis dibuka semula esok.

Pihak kementerian menerusi kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan hasil pemantauan pihaknya terhadap suhu dan cuaca di seluruh negara dalam tempoh 72 jam lalu.

“Kami ingin memaklumkan berdasarkan pemantauan terhadap cuaca kering dan panas di seluruh negara dalam tempoh 72 jam iaitu sehingga 23 Mac mendapati suhu yang dicatat dalam tempoh tersebut berada di bawah paras 38°c.

“Sehubungan itu semua sekolah di seluruh negara termasuk Perlis dan Kedah akan beroperasi seperti biasa pada 24 Mac (esok),” jelas kenyataan terbabit.

Bagaimanapun pihak kementerian mengingatkan pihak pengurusan sekolah supaya melakukan langkah pemantauan dalam meneruskan aktiviti persekolahan.

“Semua aktiviti luar bilik darjah masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian. Pastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah masing-masing.

“Sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kepada murid akibat cuaca panas ini,” ujar kenyataan itu lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.