Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TABUNG HAJI JANGAN JADI PONDAN, SAMAN JE JIKA BETUL FITNAH

Jamil Khir, TH didakwa jadi mangsa fitnah
Jamil Khir Baharum
Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum ‎menegaskan bahawa status aset Tabung Haji (TH) melebihi liabiliti syarikat tersebut.

Ujarnya, portfolio aset boleh direalisasi Tabung Haji pada 31 Disember 2015 adalah melebihi RM60 bilion manakala liabiliti adalah dana pendeposit sendiri iaitu sebanyak RM59.3 bilion.

‎"Ini jelas membuktikan nilai aset TH berada pada tahap  lebih tinggi berbanding liabilitinya.

"Perlu saya perjelaskan TH melalui akta TH 535 Seksyen 18 TH tidak dibenarkan meminjam  kecuali dengan kelulusan menteri JPM dan menteri kewangan,"katanya bagi menjawab pertanyaan daripada Lim Guan Eng-DAP yang bertanyakan mengenai senarai status aset dan liabliti TH terkini di Parlimen, hari ini.

‎Dalam pada itu, ketika menjelaskan mengenai surat teguran daripada Bank Negara Malaysia terhadap badan itu Jamil Khir berkata, untuk makluman Lembaga TH bukanlah di bawah selian atau pemantauan secara langsung oleh Bank Negara Malaysia (BNM)‎.

"Namun  kebiasaan bagi Bank Negara untuk memberikan surat nasihat yang bertujuan untuk memastikan keutuhan kedudukan kewangan setiap institusi bank dan bukan bank.

"Kandungan surat bank negara Malaysia mengambil maklum akan  dasar rizab sedia ada ‎TH namun begitu BNM menyarankan agar TH merumuskan satu dasar rizab yang lebih komprehensif bagi mengharungi ekonomi yang tidak menentu dan juga menangani persepsi pendeposit terhadap kadar bonus tinggi setiap tahun daripada TH,"katanya.

Ujarnya lagi, Bank Negara juga setuju bahawa TH ‎ telah secara proaktif melalui inisiatif sendiri mengambil kira langkah-langkah  sewajarnya untuk memperkukuhkan pengurusan risiko dan kedudukan kewangan TH.

Mengulas lanjut, Jamil Khir menegaskan bahawa Kedudukan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat surat teguran Bank Negara.

"Keuntungan TH bagi tahun kewangan 2015 adalah keuntungan tertinggi sejak ditubuhkan pada tahun 1963.

"Hubungan ini  dimaklumkan bahawa jumlah keuntungan TH  pada 2015 ialah RM3.536 bilion sementara  bonus, RM3.220 bilion," katanya.

‎Oleh itu, adalah ditegaskan bahawa TH dilemparkan tuduhan rambang dan menjadi mangsa pemfitnah sekali gus mencemarkan imej Islam atas tuduhan yang tidak berasas," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.