Azmin: Wan Azizah tidak berkata sedemikian
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan bahawa
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah mengeluarkan
kenyataan bahawa beliau bersedia menjalinkan kerjasama dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelamatkan Malaysia.
Mohamed Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR itu berkata, Wan Azizah tidak pernah menyebut mana-mana nama.
"Tidak, dia (Wan Azizah) tidak mengatakan sedemikian. Saya dah jelaskan
perkara ini pagi tadi dan apa yang dikatakan semalam adalah kita
bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang komited kepada
agenda reformasi.
"Presiden tidak menyebut sebarang nama pun," tegas Menteri Besar
Selangor itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.
Terdahulu, tersebarnya desas-desus yang mengatakan Wan Azizah bersedia
bekerjasama dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk
menyelamatkan Malaysia.
Beliau dipetik sebagai berkata, semua pihak perlu mengetepikan konflik demi menyelamatkan negara ini.
Tegas Wan Azizah lagi, kerjasama dengan Najib perlu dibentuk dengan
terma dan syarat-syarat yang membolehkan negara ini demi mencapai
kemajuan.
6 orang berkata:
Betul... mana ada DSWA cakap macam tuh...
Yg ada cuma ada satu parti yg sanggup buat apa saje demi kesinambungan parti sosialis.. cer teka parti apa..?
a. Sanggup tolak hudud jika parti yg menunggangnya tolak hudud
b. Taat pada pemimpin parti sosialis lebih drpd ulamak parti sendiri
c. Sanggup jadi kuda tunggangan parti sosialis
d.Sanggup mempertahankan membetulkan segala kesilapan parti sosialis dan yg paling sukar ialah
e. Masih belum punyai perlembagaan parti..
Cer teka yg mana? Mungkinkah kesemuanya??..
Parti Pas berkiblatkan demokrasi sekular mcm parti2 sosialis yg lain di Msia.
Pimpinan muktamar dipilih cara cai. Pas skrg adalah barisan ularmak2 penunggang agama utk habuan dunia.
Ingat Pas ingat Hududuitt.
Pas putuskan hubungan dgn parti sosialis ada lah.. x mcm PAN tuh... bangang..
Kalau cai pun apa masalahnya.. pd sy yg penting G18 berjaya ditendang keluar.. alhamdulillah..
Hina lah HUDUD selagi mampu...harap 3:53 sempat taubat sblm mampus
Pas permainkan Islam. Hudud Pas adalah Hududduit..
BUBAR PAS, ISLAM PASTI SELAMAT.
Post a Comment