Puluhan tentera kanak-kanak bebas
NAYPYIDAW - MYANMAR. Tentera Myanmar telah membebaskan hampir 50
tentera budak dalam perkhidmatan sebagai sebahagian daripada perjanjian
dengan PBB menurut laporan media, kelmarin.
Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, seramai 46 kanak-kanak
yang pernah berkhidmat dalam tentera Myanmar dikenali sebagai Tatmadaw
diserahkan kepada keluarga masing-masing dalam satu majlis di Yangon.
"Tatmadaw komited untuk mengeluarkan semua anggota di bawah umur,"
menurut akhbar itu memetik Mejar Jeneral Tauk Tun sebagai berkata.
Laporan turut menyebut, kira-kira 744 kanak-kanak bawah umur telah
dibebaskan setakat ini dalam 12 kumpulan, termasuk pembebasan yang
dilakukan kelmarin.
Sementara itu, menurut PBB, sekurang-kurangnya tujuh kumpulan
pemberontak termasuk Tentera Kemerdekaan Kachin, Tentera Pembebasan
Kebangsaan Karen dan Angkatan Tentera Karenni dikenal pasti merekrut
kanak-kanak sebagai tentera secara aktif. - Press TV
1 orang berkata:
this posting is very useful..ENDOSCOPIC BREAST AUGMENTATION WITH SAFETY
Post a Comment