Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARUL KENA DEDAH JIKA TIDAK DIA BERSUBAHAT

Arul perlu dedah penipuan dalam 1MDB, kata Pas
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Pas hari ini menggesa Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mendedahkan penipuan dalam badan pelaburan kerajaan itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Arul yang merupakan individu terbesar dalam badan tersebut sudah pasti dapat mengesan pihak dalaman yang mungkin telah bekerjasama melakukan penipuan.

“Memandangkan Arul berkali-kali menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan, kami sarankan beliau dedahkan segalanya sebelum berundur

“Arul wajib mendedahkan maklumat-maklumat tersebut kepada umum sebelum ada tangan ghaib cuba menutupnya menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Arul dalam satu wawancara mendakwa kemungkinan berlaku penipuan besar dan wujud kemungkinan terdapat kerjasama daripada pihaknya sendiri dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI) yang tidak diakui IPIC sebagai anak syarikatnya.

Arul berkata, sekiranya apa yang didakwa IPIC itu benar bahawa Aabar BVI tidak ada kena mengena dengan syarikat induk itu, 1MDB telah ingkar dalam membayar hutang sejak Disember 2015.

Mengulas perkara tersebut, Tuan Ibrahim menambah, Arul perlu bekerjasama dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi merungkai isu itu.

“Ini penting jika Arul ingin mengecapi ketenangan selepas meninggalkan 1MDB kerana pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dikambing hitam terhadap apa yang berlaku sebelum beliau diamanahkan menguruskan hutanG 1MDB.

“Sebagai seorang yang bijak, Arul sudah tentu dapat belajar daripada episod malang yang menimpa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.