Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG MEREKA MAHU BAGI BN MENANG, JANJI POKET KENYANG

PRN Sarawak: Pertembungan kerusi beri kelebihan buat BN
Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir

SHAH ALAM – Pertembungan kerusi di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan pada kali ini.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kesemua enam kerusi yang terlibat dalam pertembungan di antara dua parti tersebut terletak di kawasan luar bandar dan ia akan memberi kesan mendalam terhadap keputusan undian selepas ini.

“Bila berlaku pertindihan kerusi ini, ia akan digunakan sebaiknya oleh BN untuk meraih kemenangan di kawasan-kawasan terlibat yang dilihat mempunyai pengaruh kuat buat PKR dan DAP,”katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Dalam pada itu, Jeniri memaklumkan bahawa pertindihan tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan oleh kedua-dua parti berkenaan tidak mahu mengecewakan calon dan penyokong yang berpotensi di kawasan terlibat.

Oleh sebab demikian, Jeniri memaklumkan bahawa kedua-dua tidak mahu berkompromi dan melanggar prinsip asas yang ditetapkan oleh Pakatan Harapan.

“Pergerakan sesuatu pakatan seharusnya berkompromi dan berkorban demi kepentingan parti dan bukannya individu malah keadaan yang berlaku sekarang bercanggah dengan apa yang ditetapkan,” katanya.

Selain daripada itu, Jeniri memaklumkan bahawa keadaan yang berlaku tersebut akan memberi kesan kepada kedua-dua parti berkenaan khususnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun begitu, situasi yang berlaku tersebut juga dapat menjadi kayu pengukur buat PKR dan DAP bagi menilai secara teliti calon-calon yang layak untuk mewakili sesuatu kawasan untuk PRN akan datang.

“BN akan mempunyai kelebihan di mana mereka akan menunjukkan PKR dan DAP tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini turut meluahkan rasa kesal berikutan parti itu akan bertembung dengan sekutunya, DAP di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.