Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MOHON PADA ALLAH HUJAN TURUN

El-Nino: 2,000 jemaah hadir solat Istisqa
El-Nino: 2,000 jemaah hadir solat Istisqa
Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad mengimankan solat sunat istisqa bagi memohon hujan berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara di Padang Hoki di Jalan Mahmood hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan  solat sunat Istisqa di Padang Hoki di sini, bagi memohon hujan berikutan cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino yang berlaku di negara ini.

Solat sunat tersebut diadakan pada pukul 7.30 pagi tadi dipimpin oleh Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Turut menyertai solat berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Bercakap kepada Bernama selepas selesai solat itu, Nik Abdul Kadir berkata, solat sunat itu diadakan bagi memohon kepada Allah agar diturunkan hujan secukupnya bagi menampung kembali kekeringan yang dialami di sungai, empangan dan telaga di negeri ini.

"Diharapkan dengan solat ini dan disusuli pula dengan solat-solat di tempat lain maka ia diberkati dan akan dicurahi dengan hujan yang secukupnya," katanya.

Majlis tersebut bermula pada pukul 4 pagi dengan bermunajat dan menunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat, witir dan solat fardu Subuh dan kemudiannya  solat sunat Istisqa dan diakhiri dengan solat sunat Dhuha. - Bernama 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.