Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

rakyat tak tahu akta rahsa, mengapa rahsia ?

Ku Li: Tarik balik status rahsia laporan 1MDB
 Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah

SHAH ALAM - Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar Parlimen dapat menarik balik status klasifikasi rahsia dan membenarkan setiap ahli Parlimen mendapatkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, penarikan klasifikasi rahsia tersebut akan dapat menghapuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang merasakan mereka tertipu serta tidak berhak untuk mengetahui keadaan sebenar di sebalik isu skandal kewangan negara yang terbesar itu.

“Ini bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat yang mewakili para pengundi, iaitu orang ramai, hendaklah dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan tersebut.

“Kita harus maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan, sebagai undang-undang negara tertinggi dan teragung semestinya diikuti dan di dokong dengan tegas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa Laporan Akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Ketua Audit Negara kepada PAC Parlimen Malaysia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tengku Razaleigh yang juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang memaklumkan bahawa saranan pengubahan itu adalah sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa Ketua Audit Negara seharusnya menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil siasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat.

“Dalam membuat keputusan tersebut, Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak apa yang hendak diselindungkan dan sesiapa yang didapati bersalah terpaksalah menghadapi tindakan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa berdasarkan Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

“Perkara 107(1) tidak menyebut langsung tentang klasifikasi mana-mana laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia negara. Klasifikasi rahsia tersebut adalah menyalahi Perlembagaan sekiranya laporan itu dihalang daripada dikemukakan kepada Dewan Rakyat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.