Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMPAI KEMANA MASALAH KEMELUT TRENGGANU ?


Beri peluang BN habis penggal di Terengganu
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA NERUS - Pas berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain, sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.

“Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh kita...kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga habis penggal.

“Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita memerintah (ketika Pas perintah Terengganu sebelum ini)...dengan berapa penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika hadir pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe, Tok Jembal, di sini, malam tadi.‎

Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Medai Pas Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu itu adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta kepimpinan yang lain.

Jelas Abdul Hadi lagi, selaku parti yang mendokong demokrasi, Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengakui Pas dilihat mempunyai peluang positif untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi daripada 11 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

“Berdasarkan sambutan baik yang diterima rakyat Sarawak ketika ini, kita yakin mampu memiliki dua atau lebih kerusi dalam PRN kali ini, malah kehadiran kita (Pas) juga turut diterima baik masyarakat di negeri berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, keretakan hubungan antara PKR dan DAP yang meletakkan calon di kawasan yang sama juga dilihat memberi kelebihan kepada Pas dalam pilihanraya kali ini.

“Kemungkinan ada positif kepada kita (kemelut pertindihan kerusi antra DAP dan PKR)..dan kita juga sudah umum lebih awal mengenai calon kita iaitu 11 daripada 80 kerusi yang dipertandinga..jadi peluang untuk kita (Pas menang) ada,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

biar je BN memerintah terengganu sampai bila2 ,kalau Pas memerntah mungkin Terengganu akan mundur ke belakang melainkan Pas dipimpin oleh Ulamak lain,kalau Hj Hadi mugkin dah tak bolih.Pas nak menang lagi di terengganu? maaf le.

Unknown said...

PAS bukannya gila kuasa mcm PAN.. kalau PAS dpt kuasa pun biarlah melalui pilihanraya bukan dgn bwk lari kerusi parti lain malah lepas tu mengaku plk kerusi parti entah dtg dari mana dan tanpa perlembagaan plk tu!

Unknown said...

jordan shoes
longchamp online shop
yeezy boost
yeezy boost 350
michael kors outlet
air max thea
air jordan shoes
nike air zoom pegasus 32
adidas stan smith
longchamp handbags
achang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.