Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYARIKAT RAYANI TAK DE KEBAJIKAN ?

Pekerja Rayani Air: Nak beli susu anak tak lepas!
Rayani Air
Rayani Air.

SEPANG - "Kami nak beli susu anak pun tak lepas. Ada antara pekerja yang terpaksa keluar daripada bilik sewa, malah bank sudah mula hubungi kami untuk meminta kami jelaskan bayaran kereta," kata wakil kakitangan Rayani Air, Zulkalnain Azlan.

Menurutnya, kakitangan Rayani Air kini berhadapan dengan kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan berikutan masalah yang dihadapi syarikat itu.

Malah Zulkalnain turut mendakwa ‎terdapat syarikat penerbangan tempatan mengeluarkan surat rasmi untuk tidak membenarkan pekerja Rayani Air bekerja di syarikat itu.

"Kami tidak boleh cari kerja lain. Semua (kakitangan syarikat) mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

"Buat masa sekarang kami tak ada buat apa-apa. Memang kami dalam kesusahan," katanya ketika ditemui Sinar Online.

Sehubungan itu, pihak Zulkalnain mendesak pihak pengurusan Rayani Air melunaskan segera pemberian gaji kepada kakitangan syarikat itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.