Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahli pas juga mahu tahu punca spekulasi itu datang dari mana ?

Ahli Pas jangan terheret spekulasi di Selangor
Mustafa Ali
Mustafa Ali

SHAH ALAM – Semua ahli dan pendukung Pas diminta fokus pada kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal ditandingi parti Islam itu bulan depan.

Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Mustafa Ali sempat mengingatkan agar ahli dan pendukung parti tidak terheret sama dengan spekulasi berkaitan kedudukan Pas di negeri ini.

“Ahli dan pendukung harus fokus kepada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jangan terseret dengan berita dan sebarang spekulasi tentang kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor.

“Soal kerajaan akan ditangani secara tertib dan bijaksana. Tidak berbangkit soal Exco Pas meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatan,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut mengajak agar semua ahli dan pendukung Pas terus memantapkan jentera PRK di kedua-dua Parlimen di semua peringkat.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan Exco Pas meletakkan jawatan jika parti itu masih meneruskan hasrat untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, didakwa telah menyampaikan arahan itu kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Exco Pas lain, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan fokusnya adalah mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang berhubung perebutan kerusi itu.

Sementara Pas Pusat memberitahu dakwaan itu tidak dapat dipastikan kesahihannya pada masa sama pihaknya tidak menerima sebarang surat daripada Mohamed Azmin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.