Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Amanah tak boleh lawan Pas.

Mahu hala tuju jelas, ahli istiqamah
Mahu hala tuju jelas, ahli istiqamah
Tuan Ibrahim ketika ditemubual wartawan Sinar Harian di pejabatnya.
 
BERMULA esok, perwakilan Pas dari seluruh negara akan berkampung di Kelantan selama empat hari bagi menghadiri muktamar tahunan parti yang memasuki edisi ke-62.

Berbeza dengan muktamar tahun lalu yang menyaksikan pemilihan ‘kontroversi’, muktamar tahun ini dilihat lebih ‘tenang’ dengan tumpuan perwakilan untuk merapatkan semula ukhuwah parti yang sedikit goyang.

Ikuti temu bual Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim serta wartawan Siti Nursyahidah Abu Bakar dan Raziatul Hanum A Rajak bersama TIMBALAN PRESIDEN PAS, DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN mengenai perjalanan dan kelainan Muktamar Tahunan Pas ke-62.

Orang penting nombor dua Pas ini juga berkongsi pandangannya mengenai isu-isu semasa melibatkan Pas termasuk cabaran selepas pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), penubuhan Blok Ketiga, kerjasama Umno-Pas, hubungan dengan Pakatan Harapan serta penglibatan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Apakah kelainan yang akan dibawa dalam Muktamar Pas ke-62 yang akan berlangsung bermula 31 Mei ini?

Kali ini kita ada perubahan format kerana asalnya muktamar patut berlangsung pada 31 Mei hingga 4 Jun. Namun penamaan calon untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung pada 5 Jun, maka kita pendekkan muktamar. Malah, fokus muktamar juga membina semangat dua PRK yang Pas akan turun bertanding ini. Selain itu, kali ini Dewan-dewan juga buat perubahan sikit. Misalnya, Pemuda angkat tema membina semangat juang dalam kalangan pemuda. Pemuda juga ada buat perubahan format pakaian sebagai pejuang Melayu dengan tanjak dan sebagainya. Di peringkat Pas Pusat pun kita buat dua format. Satu ialah taklimat tertutup oleh Presiden pada 1 Jun yang melibatkan isu-isu parti, jentera dan arahan kepada ahli. Perasmian pada 2 Jun terbuka untuk semua yang kita fokus pada hala tuju parti, cabaran-cabaran dihadapi Pas dan dasar parti terhadap isu dalam dan luar negara.

Apakah isu atau usul dijangka dibawa oleh perwakilan kali ini?

Saya rasa kali ini lebih kepada memperkukuhkan parti sebab muktamar lalu kita ada sedikit goyang dengan ada ahli keluar dan tubuh parti baru. Jadi kita perlu perkasakan semula akidah perjuangan parti. Kedua, kalau ada pun soal cabaran luar berhubung dengan muafakat kita dalam Pakatan Rakyat, kita masih lagi dengan PKR hasil keputusan muktamar lalu.

Sudah hampir setahun ramai ahli keluar Pas dan menubuhkan Amanah. Bagaimana Datuk melihat situasi dalam parti setelah ketiadaan mereka?

Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Apabila kawan-kawan yang tewas keluar maka yang tinggal dalam ini adalah yang terus istiqamah dengan parti. Jadi tidak banyak masalahlah. Ada perbezaan pandangan tetapi lebih menjurus kepada soal adab, akhlak jemaah yang dapat dipelihara. Pas pun suka kalau ada perbezaan pendapat setiap kali buat keputusan. Bagi kita perbezaan pandangan itu bukan menyebabkan perpecahan. Apabila kumpulan ini keluar, tidak bermakna komunikasi mesyuarat menjadi sehala. Tidak. Malah perbincangan semakin rancak dengan banyak pandangan berbeza, tetapi apabila kita buat keputusan kita dukung bersama.

Setakat ini kita tengok, selepas berlaku pergolakan kita wujudkan suasana dalam kalangan ahli baru. Kemasukan ahli baru sangat luar biasa. Tak pernah dalam sejarah ahli baru sampai 20,000 sebulan. Hingga kita terpaksa ambil staf luar untuk masukkan data. Kebanyakannya pula terdiri daripada golongan muda.  Faktor kedua ialah capaian media baru dalam kalangan anak muda amat cepat. Apabila berlaku pergolakan kita terus buat program, himpunan, buat penjelasan. Dalam program itu kita lihat ada satu gelombang. 

Himpunan Fastaqim di Kelantan hanya sasar 60,000 orang tetapi yang hadir lebih 100,000 orang. Sebab itu,  kita cakap kita tidak terjejas walaupun ada yang keluar. Parti politik ini kena jelas hala tuju, dasar dan matlamat perjuangan. Tak boleh kerana kecewa, kalah dalam muktamar maka kita tubuh parti baru.  Tetapi ada juga ahli Amanah yang kembali kepada Pas. Malah, mereka sebenarnya tak pergi pun kepada ‘oren’. Ada yang baru ‘kuning-kuning’ sikit. Ada yang pergi ke sana atas faktor kawan.

Harapan Datuk untuk perwakilan sempena muktamar ini?

Saya tengok semangat perwakilan dari seluruh negara amat tinggi. Semangat jentera parti dalam PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pun sangat tinggi. Kita yakin kali ini muktamar akan melibatkan perwakilan semua negeri. Kita harapkan muktamar kali ini kita dapat letak satu garis hala tuju parti yang lebih jelas. Pas tak mungkin sertai Pakatan Harapan

Setakat ini apa perkembangan Blok Ketiga antara Pas dengan Ikatan?

Kita masih ada, kita buat pertemuan dengan mereka. Malah, Ikatan juga telah umum untuk bantu kita dalam PRK nanti. Kita juga sedang adakan hubungan dengan beberapa NGO dan tokoh tertentu, cuma masih dalam peringkat hubungan. Tapi kerjasama Blok Ketiga ini masih berjalan. Kita sedang tubuhkan satu jawatankuasa bersama antara Pas dan Ikatan. Ikatan ini satu parti yang lebih fokus kepada isu semasa, bukan parti massa yang ada jentera besar seperti Pas. Kalau ada satu isu, mereka akan hadapi dan bantu selesaikan dengan beri pandangan dan kritikan. Contohnya isu 1MDB dan GST. Ada kenyataan yang akan kita keluarkan bersama, ada yang Ikatan akan buat kenyataan sendiri.

Namun pendekatan semasa Pas yang dilihat agak mesra Umno-BN ini kurang disenangi ahli-ahli Pas. Apa komen Datuk?

Apabila kita membuat sesuatu anjakan (sistem) dan orang pula sudah selesa dengan sistem yang lama... tapi soalnya sistem lama itu betul atau tidak dengan Islam? Jika sistem lama itu tak betul, kita perlu betulkan. Memang bila kita buat anjakan, akan timbul gangguan. Ada ahli kita tak faham dan sebagainya. Contoh, dulu sewaktu Pas membuat gagasan kepimpinan ulamak, timbul juga kritikan. Jadi, tanggungjawab kita turun untuk buat penjelasan. Sama juga sekarang. Kita tak sebut soal mesra Umno. Apa yang kita hubungi ialah kerajaan dengan kerajaan, jabatan dengan jabatan. Ini kena ada kesinambungan. Pas tidak pernah terlibat dalam program Umno.

Contohnya kehadiran Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada Multaqa Serantau yang turut dihadiri Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), berbaju sama. Multaqa itu bukan anjuran Umno tapi anjuran Alumni Al-Azhar. Kita dijemput hadir maka kita hadir. Kalau anjuran Umno ‘confirm’ Pas tak pergi.

Saya dalam Majlis Syura dan Jawatankuasa Politik. Presiden banyak kali tekankan kita tidak akan bersama dengan Umno. Umno tengah korup, teruk, takkan Pas nak masuk. Di PRN Sarawak, Pas turun lawan BN. Begitu juga di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Presiden sudah buat kenyataan, Majlis Syura juga keluarkan kenyataan bertulis mengenai Pas tidak akan bersama Umno. Jadi kalau orang tidak percaya juga nak buat macam mana.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Pas dan PKR sentiasa mengulangi pendirian masih bekerjasama. Tetapi kebelakangan ini hubungan itu semakin longgar dengan contoh terbaru dalam dua PRK ini apabila kedua-dua parti gagal capai sepakat. Kenapa ini boleh terjadi?

Kalau kita lihat dalam konteks Selangor, pentadbiran Selangor terbentuk kerana ada Pas. Kalau Pas tarik sokongan, kerajaan Selangor masih boleh memerintah kerana ada 29 kerusi tapi tak stabil. Jadi kenyataan bahawa kita masih bersama PKR itu ialah dalam konteks pentadbiran Selangor. Dalam konteks negeri lain, ia lebih bersifat pertemuan dan perbincangan peringkat parti.

Saya pun dah sebut bahawa kalau boleh biar pembangkang bersatu untuk dua PRK ini. Maksud pembangkang bersatu itu, kita perlu dukung melihat benda besar, Janganlah melihat calon itu calon Pas maka kami tidak mahu sokong. Dalam situasi PRK ini, PKR sudah diberitahu ini kerusi Pas. Kalau boleh, jangan hantar isyarat yang salah kepada kerajaan yang ada. Kalau pembangkang masuk lawan tiga penjuru, memang payah menang. Kalau boleh semua pihak menyokong satu calon. Dua kerusi itu secara tradisi milik Pas. Kalau kita serah (kepada parti pembangkang lain), kita akan ubah struktur (pembahagian kerusi). Kalau boleh kita tak nak ganggu.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah pernah menyalahkan Pas sebagai punca kegagalan mencapai kata sepakat pemilihan calon pembangkang dalam PRK. Reaksi Datuk?

Wan Azizah sebenarnya berharap kerusi Sungai Besar diberikan kepada PKR. Mereka nak bertanding dan tak mahu Amanah bertanding. Sebab kalau PKR mula beri kerusi campur kepada Amanah, bererti mereka bersedia memberi kerusi campur ini kepada Amanah dalam PRU kelak. PKR fikir kesan jangka panjang kerana juga tidak mahu pecahkan tradisi ini. Apabila timbul situasi ini, Amanah mahu bertanding di kerusi mana? Amanah tak boleh lawan Pas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.